in ,

Photo Wedding Nikki & Audy Mok

PETALING JAYA (27 Jun): Komposer terkenal Audi Mok Chuang Yew dan bekas peserta Malaysian Idol, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar suami isteri selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Hampir 500 orang menghadiri upacara akad nikah atau perkahwinan tradisional Katolik yang sebenar-benarnya. Mereka terdiri daripada ahli-ahli keluarga, kawan rapat dan kawan-kawan daripada industri hiburan. Suasana gereja umpama satu taman bunga apabila ia dihiasi ratusan ros berwarna oren dan merah jambu dihias bersama lili casablanca. Dewan harum dengan bau bunga-bungaan.

Laluan bergerbang di tengah dewan bertaburan dengan kelopak-kelopak bunga ros. Majlis perkahwinan itu yang bertemakan warna “orange peppermint” iaitu oren, hijau dan putih bermula tepat pukul 2.20 petang.

Nikki, 24, yang tiba dengan kereta Mercedes Benz diapit oleh ayahnya, Nicholas Palikat terus berarak ke pentas utama untuk “bersatu” dengan suami tercintanya, Audi. Kedua-dua mempelai itu melemparkan senyuman manja dan manis apabila bertemu. Nikki kelihatan anggun memakai gaun berwarna putih rekaan dan tajaan Jovian Mandagie yang berkonsepkan pari-pari sementara Audi Mok, 36, bertuksedo hitam Lord’s Tailor.

Pengerusi upacara perkahwinan Audi-Nikki, Rev. Fr. Simon Yong memulakan upacara perkahwinan dengan membacakan doa, responsorial psalm dan gospel. Ketika acara kemuncaknya iaitu lafaz ikrar perkahwinan tiba, Nikki menggamamkan para hadirin dalam dewan apabila tiba-tiba suara gembiranya berubah nada seakan-akan menangis.

TANGISAN KEGEMBIRAAN

Suara Nikki jelas kedengaran teresak-esak ketika melafazkan ikrar yang berbunyi: “I, Nicolette Palikat, take you Audi Mok, to be my husband. I promise to be true to you in good times and in bad, in sickness and in health. I will love you and honour you all the days of my life.”

Dia kelihatan mengesat air matanya. Emosi para hadirin terusik melihat Nikki terharu melalui detik-detik paling bahagia dalam hidupnya. Pasangan Audi-Nikki yang seperti pinang dibelah dua itu kemudiannya bertukar cincin perkahwinan. Para hadirin bersorak gembira apabila Audi mencium bibir Nikki selepas menyelak kain penutup muka pengantin perempuan.

Gelagat nakal Nikki mencium bibir Audi secara “ganas” mmenyebabkan ibu bapa Nikki, Nicholas Palikat dan Joanna Joannes dan ahli-ahli keluarga yang terbang dari Sabah untuk menghadiri upacara perkahwinan tersebut ketawa terbahak-bahak.

Turut menyaksikan perkahwinan bersejarah Audi ialah ibu bapanya, Mok Peng Chiang dan Gladys Thoo; adiknya, June Mok Su Yin dan sanak-saudara yang memandu dari Melaka ke sini. Antara artis yang hadir ialah Maya Karin, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Vincent Chong.

Jaclyn Victor dan Vincent Chong menyanyikan lagu The Prayer sebagai penutup tirai upacara perkahwinan gilang-gemilang Audi-Nikki. Ketika ditemui selepas upacara perkahwinan itu selesai, Nikki memberitahu dia menitiskan air mata kerana hatinya tersentuh melalui momen paling indah dalah hidupnya.

“Saya terbayangkan diri saya yang akan menjadi isteri yang baik dan setia kepada Audi. Saya memang tak sabar-sabar untuk memikul peranan sebagai isteri yang baik,” katanya dengan penuh kelegaan.  

Sementara itu, ibu bapa Nikki, Mok Peng Chiang dan Gladys Thoo turut bersyukur kerana upacara perkahwinan itu berjalan dengan lancar dan mengakui menanti masa untuk menimang cucu. Ibu bapa Audi tidak dapat ditemuramah kerana bergegas pulang ke Melaka untuk menguruskan resepsi perkahwinan Audi-Nikki pada sebelah malam ini. [sumber]

kredit foto: www.candidsyndrome.com Tq so much!

6 Comments

Leave a Reply
  1. Audy?? Where the **** did that name come from..? Don’t tell me it was inspired by a certain car manufacturer…? Nasib baik tak Volkswagen Mok…

  2. congratulation both of you. Try to be a good husband and good wife. I hope your life can be better after this.
    Nikki and Audi, please trust each other ok.

  3. Eizlan “bin” Yusof – don’t be such a racist lah. u think your name is very nice ah! Rubbish bin indeed..

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Maya Matahari Kahwin dengan Tengku Shahreza di Majlis Akad Nikah

Gambar Kahwin Catriona Ross