in ,

“Petang Semalam Kata Dah Meninggal, Malam Tadi Kata Nazak Pula,” – Badrol Shah

“Petang semalam, doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal. Pada malam semalam pula, seorang doktor yang lain pula menghubungi saya dan memaklumkan isteri sedang nazak dan belum meninggal dunia.”

Itu kata pelakon, Bad atau Badrol Shah mengenai keadaan isterinya, Farah Shila Mazlan yang dikhabarkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Bad, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang berkata, dia juga keliru dengan tindakan pihak hospital sehingga menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.

“Saya tak faham apa yang dilakukan oleh pihak hospital. Apabila dimaklumkan bahawa isteri saya sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook kerana itu cara untuk maklumkan kepada kenalan-kenalannya.

“Jadi, andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.

“Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan maklumkan isteri saya sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham,”

– Badrol Shah
"Petang Semalam Kata Dah Meninggal, Malam Tadi Kata Nazak Pula," - Badrol Shah

Menurut Bad, apa yang berlaku membuatkannya trauma.

“Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.

“Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza,”

– Badrol Shah

Bad juga menegaskan bahawa isterinya tidak hamil seperti yang dihebohkan di media sosial.

“Ramai salah anggap dengan tulisan saya mengenai anak kami di syurga. Saya maksudkan anak kami yang keguguran ketika berusia lima bulan dalam kandungan pada 2018.

“Bukannya isteri saya sedang mengandung sekarang,”

– Badrol Shah

Difahamkan, Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat sudah sembilan hari dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.

*Sumber: Harian Metro

Selepas Siti Sarah, Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Akibat Covid

Selepas pelawak Shuib kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin akibat w4bak Covid-19, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah turut berdepan ujian yang sama apabila isterinya meninggal dunia akibat virus Covid-19.

Badrol atau nama sebenarnya, Badrol Shah Abdul Manan, 39, memaklumkan isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, meninggal dunia pada pukul 1 petang Selasa selepas lapan hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

"Petang Semalam Kata Dah Meninggal, Malam Tadi Kata Nazak Pula," - Badrol Shah

Bagaimanapun, Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meningg.al dunia seperti mana yang tersebar di media sosial.

“Doktor call beritahu isteri sudah meninggal dunia pukul 1 petang Selasa.

“Arwah isteri dijangkiti viru.s Co0vid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu dia ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaan menjadi lebih teru.k sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HKL.

“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jen4zah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid meninggal dunia di situ setiap hari.

“Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” 

– Badrol Shah

Badrol yang juga pelakon kerdil turut menjelaskan Allahyarham isterinya yang merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur dijangkiti C0vid-19 ketika berada di sekitar kawasan perumahan mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.

"Petang Semalam Kata Dah Meninggal, Malam Tadi Kata Nazak Pula," - Badrol Shah>

“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.

“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.

“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” 

– Badrol Shah

Sekarang saya hanya tunggu pangilan doktor bila jen4zah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pes4kit Covid meninggal dunia di situ setiap hari.

Badrol berkahwin dengan Allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama Allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.

Badrol bersama barisan pelakon filem Busut Bonang.

“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.

“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak… kalau saya tumbang, pastinya anak-anak pun akan ikut tumbang.

“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab… dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya dah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.

– Badrol Shah

Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busut Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airbnb Meraikan Dunia Bollywood dengan Bollywood Insiders

Galaxy Watch4 & Galaxy Watch4 Classic, Membentuk Semula Pengalaman Jam Tangan Pintar