in ,

Band Pesawat Kembali Dengan Single Terbaru Berjudul LULUH

Setelah 3 tahun menyepi, band PESAWAT kembali dengan taruhan single terbaru berjudul ‘Luluh’. Lagu ini merupakan single pertama untuk album kedua PESAWAT yang bakal dilancarkan pada hujung 2017. Kali terakhir PESAWAT mengeluarkan single berjudul ‘Rapuh’ adalah untuk filem ‘KIL’ sebagai runut bunyi. Kini PESAWAT kembali dengan lirik dan muzik yang lebih matang di mana muzik Luluh dikarang oleh PESAWAT sendiri.

Band1

Menurut Jipie selaku penulis lirik untuk lagu ini, Luluh berkisarkan tentang kehidupan yang kita lalui kadang-kala menuju jalan buntu, kita merasakan sesat dan hilang dalam mencari arah untuk mencapai impian, maka jalan yang terbaik adalah untuk berhenti seketika dan reflek kembali sebelum terus melangkah ke depan. Jipie juga menulis lirik itu berdasarkan pengalamannya sendiri.

Lagu Luluh juga bakal dijadikan OST untuk telemovie “Nota Silam” lakonan Aeril Zafrel dan Nadiya Nisaa arahan Nik Amir Mustapha yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra dan Astro MustikaHD pada Sabtu, 27 Mei 2017 jam 9 malam.

Untuk single terbaru ini PESAWAT bekerjasama dengan Warner Music Malaysia untuk memasarkan lagu tersebut yang kini sudah pun terdapat di iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, KKBOX, Yonder Music dan Deezer.

Lirik video Luluh diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music.

BAND BIO

PESAWAT merupakan indie rock band dari Ampang yang terdiri daripada Jipie (vokalis, gitar), Nizam Camel (gitar), Mann (bass) dan Kudux (drums). PESAWAT popular dengan lagu Mirage, Rapuh dan Mesti Mau yang dilancarkan sejak 2008. Album pertama PESAWAT berjudul ‘Take Off’ yang dilancarkan pada tahun 2011 turut tercalon dalam kategori album terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 19.

Band4

Pesawat - 2017

Pesawat - Luluh

Pesawat Presskit 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Neelofa Dilantik Jadi Duta Transformasi Nasional 2050 TN50

Gossip Soseh Soseh HARIAN METRO: Artis Jaja Kisah Cinta