in

Pesawat A320neo Pertama Yang Dipasang Di Tianjin Diterima Oleh Airasia

AirAsia telah menerima pesawat A320neo pertama yang dipasang di Airbus Final Assembly Line Asia (FALA) dalam satu majlis khas di Tianjin, China. Pesawat yang dikuasakan oleh enjin CFM International LEAP-1A itu dilengkapi dengan 186 tempat duduk yang selesa dan kabin inovatif Space-Flex.

AirAsia adalah syarikat penerbangan terbesar yang menempah pesawat jenis A320 dengan 578 pesawat, termasuklah 404 pesawat jenis A320neo.

Pesawat A320neo

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, berkata, “Kami berbangga menerima Airbus A320neo pertama yang dipasang sepenuhnya di Tianjin, China dan kami ingin mengucapkan tahniah kepada Airbus dan kerajaan China bagi kejayaan ini.”

“China merupakan salah satu pasaran penting di dunia bagi sektor penerbangan, dan kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada pembangunan pesat dan kemajuan dalam sektor penerbangan awam di China. Kami berbangga menerima pesawat ini yang dipasang sepenuhnya di Tianjin dan menjadikan pesawat bersejarah ini sebahagian daripada operasi kami.”

“Pesawat Airbus A320 telah banyak menyumbang kepada perkhidmatan dan operasi kami. Tahun lalu, kami menerima pesawat A320neo yang pertama, dan ini adalah pesawat A320neo ke-13 bagi kumpulan syarikat kami. Ia juga merupakan pesawat ke-184 daripada Airbus. Dengan rangkaian yang semakin luas serta penambahan penerbangan, amat penting bagi kami untuk mengukuhkan lagi perkhidmatan kami. Justeru, kami amat teruja menerima pesawat A320neo yang memberikan penjimatan bahan api sehingga 15 peratus dan tambahan 500 batu nautika, membolehkan kami terus tmenawarkan tambang rendah kepada para tetamu,” tambah beliau.

“Saya berbesar hati untuk menyerahkan A320neo pertama yang dipasang di Tianjin kepada AirAsia. AirAsia akan terus mendapat faedah daripada kesamaan unik antara semua jenis Airbus dan menikmati kecekapan untuk semua pesawat yang sedia ada.” Kata Eric Chen, Presiden Pesawat Komersial Airbus China. “Penyerahan NEO merupakan satu kejayaan bagi FALA, dan kami akan terus membantu memenuhi permintaan pelanggan kami di China dan seluruh Asia Pasifik.”

FALA di Tianjin, yang dirasmikan pada tahun 2008 adalah lokasi ketiga bagi pemasangan pesawat Airbus, selain Toulouse dan Hamburg. Ia juga merupakan tempat pemasangan akhir yang pertama di luar Eropah. Hari ini, kira-kira 340 pesawat telah dipasang dan dihantar dari Tianjin, China.

Pesawat jenis A320neo menggabungkan teknologi terkini dengan enjin generasi baharu dan Sharklets yang boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 15 peratus bahan api semasa proses penghantaran dan hingga 20 peratus pada tahun 2020. Dengan lebih daripada 5,200 pesanan yang diterima daripada 95 syarikat penerbangan sejak ia dilancarkan pada tahun 2010, pesawat A320neo telah mengungguli kira-kira 60 peratus bahagian pasaran.

Airbus adalah peneraju global dalam bidang aeronautik, angkasa dan perkhidmatan yang berkaitan. Pada tahun 2016 ia telah menjana sebanyak €67 bilion dan mempunyai sekitar 134,000 kakitangan. Airbus menawarkan rangkaian pesawat penumpang yang paling komprehensif bermula daripada 100 hingga 600 tempat duduk dan produk perniagaan berkaitan penerbangan. Airbus juga merupakan peneraju di Eropah yang menyediakan pesawat tangki, tempur, pengangkutan dan misi, serta salah satu syarikat angkasa utama dunia. Bagi helikopter, Airbus menyediakan penyelesaian rotorkraf sivil dan ketenteraan yang paling efisien untuk seluruh dunia.

babak dalam drama Kabus di Lembah

Zulhuzaimy bawa watak Cikgu Hakim

Mengenai AirAsia
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan terbesar di Asia, dengan rangkaian perkhidmatan yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi. Sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 400 juta penumpang dan berkembang dari hanya dua pesawat kepada lebih 200. Kami amat berbangga menjadi Asean tulen (Association of Southeast Asian Nations) dengan operasi yang telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India dan Jepun, serta merangkumi seluruh Asia, Australia, New Zealand dan Timur Tengah. AirAsia telah dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam tinjauan tahunan syarikat penerbangan dunia oleh Skytrax selama sembilan tahun berturut – turut dari 2009 sehingga 2017. AirAsia juga telah dianugerahkan peneraju Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Dunia untuk empat tahun berturut-turut di World Travel Awards 2016, dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang memenangi Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terbaik Dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Anjur Temu Duga Terbuka Kru Kabin di Johor Bahru

Jiwa Pendidik Sebenar Dalam Telemovie KABUS DI LEMBAH