in

Kanak-Kanak 8 Tahun Juara LITTLE HUFFAZ Bawa Pulang RM6,000

Peserta cilik, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, berjaya merebut gelaran juara pertandingan hafazan cilik Little Huffaz yang dianjurkan di Kompleks Rakan Muda Baling pada pagi Sabtu.

Kemenangan itu membuatkan Iman menewas 10 peserta finalis lain sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.

Pemenang Bersama Pengarah Urusan Raffelinna Muhammad Rafie &Amp; Wakil Feryal Professional En Mohd Syafiq Yaakob

“Alhamdulillah syukur atas kemenangan ini. Tak sangka usaha saya selama setahun fokus dalam hafazan berbaloi.

“Mak dan ayah saya juga banyak membantu. mereka sering pesan untuk tidak tinggalkan solat selain memberi sokongan,” kata anak ketiga kepada empat adik beradik ini.

Pada acara itu, peserta Muhammad Aminuddin Mohd. Basir, 9, mendapat tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai RM4,000. Manakala tempat ketiga dimenangi Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, menerima hadiah RM2,000.

Tujuh finalis lain ialah Muhammad Amiruddin Mohd. Basir, 9, Nurisya Khyra Zamzuri, 9, Muhammad Abdullah Amri, 8,Muhammad Syameel Irfan Sable, 9, Nurisya Qistina Mohd Zahir, 6, Farah Insyirah Khairul Faizi, 8, dan Muhammad Afiq Haikal Norazizi , 9.

Sementara itu, penganjurnya iaitu Pengarah Urusan Raffelina Sdn Bhd, Muhammad Rafi’e Ramli berkata, Little Huffaz adalah bagi memberi peluang kepada para peserta menunjukkan kehebatan masing-masing dalam menghafaz Al-Quran.

“Saya lihat ramai golongan cilik berpotensi tinggi dan walaupun masih kecil, mereka mampu menghafal surah-surah Al-Quran dengan baik.

“Ini baru permulaan. Pihak kami akan menganjurkan Little Huffaz di Zon Selatan pula, serta Timur pada masa akan datanf. Kemudian kesemua pemenang akan bertanding di peringkat kebangsaan pula,”katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga masih mencari mana-mana stesen televisyen yang berminat untuk bekerjasama dalam penganjuran program berkenaan.

Pada pertandingan tersebut, sebanyak lima juri bertauliah mengadili pertandingan tersebut dimana Penyelia Pengajian Islam, Pejabat Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Turut hadir pada pertandingan tersebut bekas pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Syeikh Dr. Khalee Hafizullah dari Iraq. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid Far East dan kemunculan duta produk Caliph Kids, Mia Sara.

Little Huffaz turut dianjurkan Caliph Kids dan Feryal dengan kerjasama Nadi Cinta Resources.

Pengarah Urusan Raffelinna Menyampaikan Hadiah Kepada Peserta Buta Muhammad Afiq Haikal Nur Azizi 9 Tahun

Pengarah Urusan Raffelinna Menyampaikan Hadiah Utama Kepada Adik Nurul Iman 1

Gambar Pemenang Hafazan Cilik Little Hufaz Zon Utara

Mia Sara 1

Mia Sara 2

Muhammad Rafie Pengarah Urusan Raffelinna Bersama Tetamu Vip Syeikh Dr Khalee Hafizullah (Iraq) Bekas Pensyarah Kuis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokal Mantap Konsert 5 Divo Berjaya Pukau 4,000 Peminat

SACOOR BROTHERS Lancar Spring/Summer 2016 Collection