in

Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat Revolusi Cipta Kreativiti

PERTANDINGAN AKHIR EVOLUSI MUZIK SIHAT “REVOLUSI CIPTA KREATIVITI”

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui urus setia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengumumkan bahawa Ketua Pengarah JKKN YBhg Dato’ Norliza Rofli akan menyempurnakan upacara penyampaian hadiah untuk Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat “Revolusi Cipta Kreativiti” akan berlangsung 29 November 2011 (Sabtu) ini Pentas Terbuka Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang.

Sebanyak sepuluh (10) buah kumpulan muzik amatur telah terpilih untuk ke peringkat akhir dari enam puluh sembilan (69) kumpulan yang bertanding semasa peringkat saringan pada 15 dan 16 Oktober lepas bagi mendapatkan lagu terbaik dalam genre moden yang boleh menyampaikan mesej pengamalan hidup sihat.

Turut ditampilkan pada pertandingan akhir ialah persembahan tarian solo oleh juara pertandingan Gatsby Styling Dance iaitu Jackson Chua, persembahan dari kumpulan muzik MonoloQue, kumpulan Mancis dan penyanyi solo, Shruti.

Evo600

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Rewarding ‘bonUs’ Adventure

Peminat Kopi Serang Chilla Cup