in

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2008

SIARAN LANGSUNG PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2008 PADA 06 DISEMBER 2008 (SABTU) DI RTM1

Berkonsepkan kebudayaan Melayu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 yang memasuki edisi ke 15 pada 06 Disember 2008 (Sabtu) di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, jam 09.00 malam dipancarkan secara langsung di RTM1.

3080362284 C61D5974Ef | 4

Kumpulan Sri Budi

VS

3080360408 A227F0F177 | 5

kump DK Merkang

Dua kumpulan yang bakal berentap bagi merebut gelaran juara iaitu Kumpulan DK Merkang dari Pasir Puteh dan saingannya iaitu Kumpulan Sri Budi dari Kota Bharu. Kedua-dua kumpulan yang mempamerkan kecemerlangan mereka daripada 34 kumpulan lain yang mengambil bahagian dalam uji bakat pertandingan ini yang diadakan sejak Mei lalu yang turut menerima penyertaan daripada seluruh negara.

Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 ini diadakan dua pusingan di mana pusingan pertama diadakan selama 12 minit terdiri daripada juara dan tukang karut. Manakala bagi pusingan kedua pula, peserta (karut) diberikan masa lapan minit bagi setiap kumpulan. Kemudiannya mereka turut dikehendaki mendendangkan sekurang-kurangnya sebanyak 4 buah lagu karut serta sebuah lagu wajib iaitu Wau Bulan. Empat juri profesional yang memiliki kepakaran dalam dikir barat dilantik sebagai juri bagi mengadili pertandingan ini.

Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 ini menjanjikan hadiah menarik iaitu Johan Pertandingan menerima wang tunai RM20 000 berserta trofi dan sijil penyertaan. Naib Johan pula akan menerima RM15 000 bersama trofi dan sijil penyertaan. Wang tunai RM 3000 juga disediakan sebagai hadiah untuk Juara Terbaik Dikir Barat bersama trofi dan sijil penyertaan serta bagi kategori Tukang Karut Terbaik Dikir Barat pula akan menerima hadiah wang tunai RM 3000 berserta trofi dan sijil.

Persembahan selingan iringan muzik Swakarya di bawah pimpinan Dato’ Suhaimi  Mohd Zain (Pak Ngah) dan penari Swatari pimpinan Belalang. Di samping mengetengahkan perantara iaitu pelakon dan pelawak terkenal Sabri Yunus, Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 ini diterbitkan oleh Shamsuriah Shamsul Anwar dari Unit Hiburan TV, RTM.

Menariknya, persembahan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 turut diserikan kehadiran artis-artis undangan iaitu Nassier Wahab, Zehra Zambri, Sabihah, Fahmi dan Ezreen (penyanyi Negeri Kelantan) dengan hiburan lagu-lagu Dendang Rakyat seperti Ghazal, Boria, Dondang Sayang dan Dikir Barat yang menonjolkan muzik semasa sebagai tarikan.

3080358648 2C4Bdc8B7C | 6

Ezreen

3079522675 495D5Eb6B1 | 7

3079527155 7B9427Af44 | 8

3079526853 Fc1Bf84978 | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?

Lagu Tanpa 6ixth Sense Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik