in

Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM 2009

JUARA PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KECIL RTM PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 DINOBAT 5 DISEMBER INI

Tanggal 5 Disember 2009 ini bakal menyaksikan seorang lagi finalis akhir pertandingan nyanyian dinobatkan sebagai juara. Bersandarkan bakat suara yang dipertaruhkan, pastinya finalis yang mara ke peringkat akhir ini cuba melakukan yang terbaik dalam usaha mereka diangkat sebagai pemenang. Namun bakat yang bakal tercipta ini digilap bukan di kalangan remaja mahu pun dewasa sebaliknya di kalangan kanak-kanak yang masih ’segar’ dan bercita-cita mahu mengembangkan bakat bergelar penyanyi.

Dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi RTM Sarawak dengan kerjasama  Kerajaan Negeri Sarawak yang diadakan sejak tahun 1998, Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2009 yang bertunjangkan matlamat mahu mengasah bakat nyanyian dan memupuk minat kanak-kanak terhadap kesenian ini bakal dipancarkan secara langsung bertempat di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching pada 5 Disember 2009 (Sabtu), bertempat di jam 3.00 petang menerusi saluran TV1.

Program berbentuk hiburan dan santai khusus untuk kanak-kanak ini yang masuk tahun ke 12 penganjurannya ini mempertaruhkan 9 orang finalis yang bakal menguji kemampuan dan bakat masing-masing. Mereka kelompok pilihan terbaik setelah empat bulan berusaha mencari para peserta yang berbakat besar dalam bidang nyanyian di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Minat terhadap seni suara dalam menyanyikan lagu-lagu dalam Bahasa Melayu, selaras dengan matlamat RTM dalam membantu usaha  kerajaan mewujudkan perpaduan kaum.

Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan yang dibuka kepada kanak-kanak warga Negara Malaysia yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002 pada peringkat akhir ini memilih 9 orang finalis mengikut peringkat zon melibatkan Zon Sarawak, Zon Sabah, Zon Timur (Pahang,Terengganu dan Kelantan), Zon Utara (P.Pinang,Kedah,Peris dan Perak), Zon Selatan (Johor dan Melaka) serta Zon Tengah (N.Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur).

4148179424 116B908Cca O | 4

Wanda

4147420409 F89Ae551D2 O | 5

Aziz Harun

4148180700 0Acf496B4F O | 6

Ainul

4148181276 C3E3Bd3845 | 7

Nor Najihah

Bintang kecil berbakat besar dalam industri hiburan dibidang nyanyian ini membariskan nama finalis Shazlin Salamat (11 tahun) dari Miri dan Mohamad Azrul Ashraff  Ali (11 tahun) dari Lawas yang keduanya-dua dipilih di peringkat Zon Sarawak. Seterusnya dari Zon Sabah diwakili Wanda John (11 tahun) dari Keningau dan Nurul Syahhirah Dzulfikri (10 tahun) dari Kudat. Manakala Zon Utara menampilkan seorang finalis kecil bernama Nur Najihah Mohd Fazri (11 tahun) dari Kedah. Zon Tengah pula menampilkan finalis bernama Ainul Nadiah Mohd Khairi (11 tahun) dari Negeri Sembilan. Bagi Zon Timur menampilkan finalis bernama Nor Balqis Ahmad Tajudin (10 tahun) dari Terengganu dan dari Zon Selatan menampilkan finalis bernama Nur Hashimah Azha (10 tahun) dari Melaka. Istimewanya turut menampilkan peserta jemputan dari Negara Brunei Darussalam bernama Abdul Aziz Harun (11 tahun).

Pertandingan ini bukan saja dapat memikat penyertaan  daripada masyarakat melayu dan bumiputera tapi  juga  kanak-kanak berbangsa Cina.  Antara pemenang terdahulu yang telah menempah nama  di persada seni khususnya bidang nyanyian seperti  Nuarfizah Busman dan Elizeberth  Applunius.

Walau bagaimanapun, tahun 2006 menyaksikan penyertaan pertama dari Brunei Darussalam dan tahun ini merupakan tahun ke 4 penyertaan mereka. Ini secara tidak langsung menjadi satu langkah bagi menyahut misi RTM untuk bergiat cergas dalam penyiaran antarabangsa seterusnya memastikan pembabitan yang proaktif dalam menyediakan rancangan yang memenuhi citarasa audien.

Objektif program Bintang Kecil RTM ini adalah untuk mengasah bakat kanak-kanak dalam bidang seni  suara dan mewujudkan satu kerjasama dalam bidang penyiaran dengan Radio Televisyen Brunei. Selain itu ia dapat memupuk  sikap keyakinan diri kanak-kanak  serta memupuk semangat perpaduan berbilang kaum sejak dari peringkat kanak-kanak. Dengan mengekalkan budaya Kebangsaan melalui nyanyian dalam Bahasa Kebangsaan ia juga akan melahirkan semangat integrasi nasional  dan nusantara diperingkat kanak-kanak melalui pertandingan nyanyian.

Selain itu, program ini berharap agar bakat-bakat nyanyian kanak-kanak berbilang kaum diseluruh negara dapat terus meningkat dan mewarnai industri muzik tanahair yang kurang menampilkan bakat kanak-kanak.  Akhirnya, dengan melebarkan penyertaannya ke negera Brunei Darussalam kita harap jalinan kerjasama yang sedia ada akan dapat dipertingkatkan lagi khususnya dalam bidang penyiaran  disamping meningkatkan martabat pertandingan ini di Nusantara.

Untuk mengetahui siapakah finalis bakal meraih gelaran juara Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2009, jangan lupa temu janji anda menyaksikannya secara langsung pada 5 Disember 2009 (Sabtu), jam 3.00 petang di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil, Zizan Buat Lawak Dalam Redah Kasi Pecah

Album Bintang Idola