in , ,

Pertama Kali Naik Van Polis, Caprice Akhirnya Tiba di Malaysia

Selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan Caprice akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini.

Perkara berkenaan dikongsikan Caprice menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.

“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,”

– Caprice

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penerbangan mahu pun ketibaannya nanti.

Caprice sebaliknya hanya memaklumkan berkenaan kiriman barang-barang tempahan orang ramai.

Katanya, sebaik tiba di tanah air dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk kuarantin, barulah dia akan meneruskan aktiviti perniagaan yang lama tertangguh.

Caprice

Caprice menjangka bakal menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus urusan penghantaran tempahan barangan seperti jaket hoodies, tasbih dan buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.

“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri kerana kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,”

– Caprice

Pada masa sama, penceramah bebas merangkap usahawan itu turut memohon maaf berikutan kelewatan urusan berkenaan disebabkan agak lama meninggalkan perniagaannya itu.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi Instagramnya, Caprice dilihat memuat naik status terakhir sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan dalam InstaStory berbunyi, ‘Good bye and good night, see you in Disember’, berlatarkan pemandangan malam dihiasi lampa-lampu.

Sebelum ini, dia pernah mendedahkan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Terdahulu, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaaan di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.

Selain soal birokrasi dan kegagalan memasuki Palestin, nama Caprie turut memanaskan apabila diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitn4h dan kes g4ngguan seks.ual melibatkan penceramah terkenal, Ebit Lew.

“First time naik van Polis,”

– Caprice

Dalam posting terbaru, Caprice memaklumkan yang dia sudah pun berada di Malaysia dan di bawa menaiki van p0lis dari lapangan terbang di bawa ke hotel untuk di kurantin.

Menerusi video berkenaan, Caprice dikawal ketat oleh pihak polis untuk tujuan keselamatan termasuklah menjalankan proses sanitasi.

“Back in KL! Terima kasih kepada PDRM kerana memastikan semuanya selamat dari gate kapal terbang all the way sampai hotel quarantine.

“Pertama kali naik van polis. Terima kasih kepada pihak yang bantu Caprice tadi.

“Alhamdulillah, it feels good to be back home,” katanya.

Posting berkenaan kemudian ‘dibanjiri’ dengan ucapan tahniah netizen kerana berjaya pulang ke Malaysia selepas sekian lama.

Ada yang berseloroh meminta ‘souvenir’, namun tidak kurang juga yang mahukan penjelasan Caprice mengenai

Jihad sebenar khususnya selepas kontroversi membabitkan muzik video terbarunya itu.

“Caprice kami nak ole-oleh boleh”.

“Caprice | suggest you explain in detail everything you did in Jordan and Egypt from A to Z. Terlalu banyak yang masih kabur dan orang pertikai tujuan Cap ke sana hanya untuk ‘fake jihad” buat MV. Kami pun nak tahu jugak”.

“Caprice kena terangkan isu MV kamu terbaru tu ya,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, sepotong video yang dimuat naik Caprice dalam akaun Instagram rasminya, @capriceofficial mengundang rasa kurang senang netizen apabila ramai yang menyifatkan pemergiannya ke Jordan bukan untuk melakukan jihad, sebaliknya membuat muzik video di bumi tersebut.

Menerusi video tersebut, pemilik nama sebenar Aril Ramli ini dilihat menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda bersama beberapa orang Arab yang menemaninya dalam beberapa babak sambil memegang senjata.

Pada video tersebut, rapper sensasi itu menuliskan Tiger of AlQuds dan tarikh 10.10.21 tanpa memberi penjelasan lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Jual Tudung | 23

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Fazura

Atiq | 24

Jom Tebarkan Aura Hari Malaysia 2021 Bersama Drama-Drama Terhebat!