in ,

Personaliti-Personaliti Astro Radio Bekerja dari Rumah

Strim semua jenama-jenama Astro Radio menerusi aplikasi SYOK. Masyarakat Malaysia terus mendapat maklumat terkini dan berhibur

Dengan penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan, kesemua 11 jenama Astro Radio bersama personaliti-personaliti popular terus memberi kesedaran secara proaktif tentang perilaku yang betul dalam menangani wabak COVID-19. 

Untuk menyesuaikan diri dengan PKP dan mengalakkan penjarakkan sosial, beberapa personaliti Astro Radio telah mula bekerja dari rumah, selaras dengan #StayHome atau #DudukRumah yang dinasihatkan, dan memastikan masyarakat Malaysia terus mendapat maklumat terkini, mengekang penyebaran berita palsu dan meneruskan segmen-segmen mereka yang menghiburkan di udara dan media sosial. 

Astro Radio announcers

Personaliti-personaliti yang bersiaran dari rumah setakat ini merangkumi kesemua personalti dari MY, MELODY, GOXUAN and ERA Sarawak, dan juga Calista (HITZ)Ashley (MIX)Sham & Soraya (LITE)Zahier & Munabella (ERA)Mijul (ERA Sabah); dan Uthaya & Kogulan (RAAGA).

Kesemua personaliti ini terus bersiaran di rumah menggunakan kelengkapan seperti komputer riba dengan perisian penyunting audio, telefon, fon telinga dan mikrofon.

Sesetengah personaliti turut menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan audio kalis bunyi dengan menggunakan barangan di rumah seperti bantal.

Segmen-segmen pula perlu dirakamkan terlebih dahulu dan dihantar kepada jurutera pengeluaran untuk pelarasan yang diperlukan, dan kemudian dimuat naik ke dalam sistem untuk disiarkan di radio. 

Astro Radio announcers_2

Semasa bekerja di rumah, personaliti-personaliti ini terus berinteraksi bersama para peminat dengan memuat naik gambar dan video di media sosial, perbincangan di aplikasi WhatsApp, dan juga menerusi permainan video di telefon.  

Semua masyarakat Malaysia boleh strim kesemua jenama-jenama Astro Radio menerusi aplikasi SYOK untuk menerima maklumat terkini, sambil menikmati hiburan mesra keluarga di rumah. 

Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store atau Apple App Store. Nikmati 25 jenama radio, podcast, video dan lebih lagi di SYOK! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arabyrd, Hullera & Sophia Liana Buat ‘Hal’ Dalam Single Rap Terbaharu

AME 2020 Salurkan Kutipan Terkumpul Ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19