in , ,

Pernah Disaman Sebut ‘Rogol’ Masa MLM2012, Shahrol Shiro Gesa SKMM Saman Artis

Nampaknya pelawak Shahrol Shiro turut tampil memberikan pandangan tentang isu rogol yang sedang hangat ketika ini.

Shahrol Shiro dalam satu kenyataan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengeluarkan saman ke atas artis dan produksi program bual bicara Rumah No 107. 

Saman ini dilihat sangat tepat kerana ada penggunaan perkataan ‘rogol’ dalam program TV. Untuk pengetahuan, Shahrol sebelum ini turut pernah disaman ketika program Maharaja Lawak Mega 2012 kerana menyebut perkataan ‘rogol’.

Kesalahan tidak sensitiviti terletak pada individu yang melafazkan dan mengupas isu itu dengan lebih mendalam sehingga membuatkan orang tersinggung.

Kesalahan produksi pada sensitiviti isu dan teknikal yang dilakukan sehingga terkeluar dan dipertontonkan kepada umum hingga menjadi isu. Oleh kerana kumpulan saya pernah disaman SKMM kerana cuma menyebut perkataan ‘rogol’ pada MLM2012, makanya SKMM juga perlu mengambil tindakan pada artis atau produksi berkenaan. Saya tidak menyebelahi pihak yang melakukan kesalahan.

Ini bukan main-main suka hati nak layan nafsu!

Shahrol dalam pada itu turut mengecam tindakan pelakon yang melakukan tugas mereka sambil melayan nafsu. Dia berpendapat tugas sebagai seorang pelakon adalah untuk menjayakan babak itu dengan selamat, efektif dan beretika.

Semoga apa yang belaku ini menjadi pengajaran kepada semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didakwa Guna Nama TMJ Tukar Wang Asing AS$5 Trilion, Dua Beranak Diburu

Ikrar Untuk Menyokong Tatakelakuan Bagi Industri Filem, TV & Penerbitan