in ,

Permohonan Taklik Noniswara Diteruskan Walaupun Suami Enggan Hadir

Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa akan meneruskan perbicaraan kes penceraian secara taklik pelakon Noniswara yang ditetapkan pada 18 Jun depan jika suaminya, Datuk Rosman Ridzwan enggan tampil ke mahkamah.

Peguam Syarie yang mewakili Noniswara, Datuk Amli Embong ketika ditemui di luar mahkamah bagaimanapun berkata, pihaknya akan menghantar notis saman penyampaian gantian kepada Rosman kerana gagal menyerahkan writ saman sebelum ini.

Noniswara

“Macam-macam cara telah digunakan untuk menyerahkan surat saman itu kepadanya tetapi gagal dan kali ini mahkamah mengarahkan supaya kaedah penyampaian gantian digunakan. Kita akan menampal notis berkenaan di pejabat tempat defendan bekerja.”

Kes berkenaan di dengar di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus di dalam kamar. Tambah Amli, permohonan taklik itu dibuat selepas gagal mendapat kerjasama daripada Rosman selaku defendan bagi menyelesaikan kes penceraian itu secara baik.

Noniswara atau nama sebenarnya, Noniswara Baharuddin, 46, pada 18 April lalu menarik balik permohonan cerai secara baik dengan kebenaran mahkamah terhadap Rosman selepas gagal menyerahkan surat saman permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Kemudian pada 9 Mei lalu pula, pelakon itu memfailkan permohonan cerai secara taklik mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu. Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey di Ruangan Dunia Blogger Majalah Harmoni

Yasmin Hani Umum Hamil 16 Minggu di Instagram