in ,

Permohonan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 Dibuka

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui agensi pelaksana iaitu Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) membuka permohonan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023.

Bakal ditutup secara berperingkat, sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat.

industri muzik melalui peluang pembiayaan DKD Industri Muzik 2023 sehingga RM300,000 bagi satu projek.

Kumpulan MyCreative memberitahu, DKD Industri Muzik 2023 diperuntukkan kerajaan bagi memudah dan menggalakkan penggiat industri dalam bidang penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan muzik yang berdaya cipta serta berupaya dipasarkan dalam negara dan antarabangsa.

“Dana ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Dana Pemasaran dan Promosi

Antarabangsa, Dana Kebolehpasaran (Domestik) Create 2 Market dan Dana Persembahan Muzik.

“Nilai geran yang ditawarkan berjumlah RM100,000 bagi Create 2 Market dan

RM300,000 (Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa dan Dana Persembahan Muzik).

“Pemilihan penerima bagi ketiga-tiga dana terbabit akan dilaksanakan berasaskan merit agar dapat memberi sokongan mampan dalam membangunkan projek serta kandungan muzik yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu menambah, tahun lalu sebanyak RM3.6 juta DKD Persembahan Muzik 2022 diluluskan yang memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert.

“Pembukaan program DKD Industri Muzik ini diharap dapat merealisasikan iltizam Kumpulan MyCreative dalam menyokong industri kreatif negara, terutamanya muzik,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai DKD Industri Muzik 2023, layari ttp://mycreative.com.my/dkdmuzik_2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Sekitar Acara Grand Opening Hotel INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras 

Salam Takziah Buat Seluruh Keluarga, Ibu M. Nasir Meninggal Dunia