in

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 Bersama Suria & Kosmo

JOM TENGOK PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA 2018 BERSAMA SURIA DAN KOSMO AHAD INI!

Suria menjemput para peminat bola sepak untuk memeriahkan acara Rentap Rusia 2018 Kosmo! di Restoran Hakim, Seksyen 7 Shah Alam pada Ahad ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 bersama penyampai-penyampai radio Suria seperti DJ Lin, Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Bob Ringgo, Tyzo, Suraya, Halim Othman dan Naim Hashim.

“Hampir kesemua penyampai Suria akan turun pada Rentap Rusia 2018 Kosmo! itu nanti dan mula berkampung di Restoran Hakim mulai jam 5.00 petang sehinggalah tamat perlawanan akhir Piala Dunia”, kata Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Menurut DJ Lin lagi, selain daripada bertindak sebagai pengacara untuk aktiviti yang diadakan pada hari berkenaan, penyampai Suria juga akan bergilir-gilir ke udara semasa Siaran Luar Suria selama dua jam.

Rentap Rusia 2018 Kosmo! ini merupakan kali kedua stesen radio Suria menjadi Radio Rasmi bersama akhbar kompak Kosmo! selepas Rentap Brazil Kosmo! 2014. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari berkenaan antaranya adalah permainan teka balang, Cosplay, pertandingan bola sepak PS4, fusbal, permainan sepak dan gol, penampilan badut Awang De Clown serta banyak lagi.

Menurut Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Hazwan Hairul, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk tiga buah televisyen, tujuh buah hamper yang berharga RM350 setiap satu serta barangan eksklusif Kosmo! dan Suria.

Rentap Rusia 2018 Kosmo! ini ditaja oleh ahli korporat Datuk Muhammad Farhan Lokman dan turut mendapat tajaan daripada Restoran Hakim yang menyediakan dua skrin gergasi LED 24X12 kaki, lima projector besar dan lima televisyen bagi peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaMalaysia untuk sebarang interaksi berkaitan Suria di laman sosial.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Netflix Announces Meteor Garden 2018

NAIM DANIEL

IQ.ROCK IS BACK