in , ,

Bas Touris Hop-On Hop-Off di Selangor Tingkatkan Jumlah Pelancong

Pembangunan perkhidmatan pelancongan bagi merancakkan industri Pelancongan domestik dan antarabangsa merupakan antara fokus utama Negeri Selangor.

Sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelancong ke negeri Selangor, satu Majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi perkhidmatan bas pelancongan Hop-On Hop-Off (HOHO) antara Syarikat LNH Tour & Transport Sdn Bhd dan Tourism Selangor telah diadakan, bertempat di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 29 November 2022. 

Perkhidmatan Bas Pelancongan Hop-On Hop-Off Selangor Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong

Majlis menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor bersama-sama Yang Berhormat Tuan Borhan bin Aman Shah, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Inisiatif ini merupakan kali pertama dijalankan di Negeri Selangor, dengan misi membangunkan produk pelancongan melibatkan daerah Sepang, menerusi 2 cadangan laluan perjalanan bagi fasa pertama di Sepang.

Perkhidmatan Bas Pelancongan Hop-On Hop-Off Selangor Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong

Syarikat LNH Tour & Transport Sdn Bhd akan menanggung sepenuhnya penyediaan keseluruhan bas pelancongan HOHO daripada segi operasi, teknikal dan penyelenggaraan selain perkara berkaitan seperti insuran perjalanan, keselamatan serta liabiliti penumpang, seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan antara LNH Tour & Transport bersama pihak Tourism Selangor.

Perkhidmatan bas pelancongan HOHO ini diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong melalui penekanan terhadap Kempen “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!” yang mensasarkan kepada pasaran pelancongan domestik, selain memberi pilihan kepada pelancong antarabangsa di KLIA dan KLIA2 untuk melancong di kawasan sekitar ketika waktu ‘transit’ yang panjang, sebelum meneruskan penerbangan berikutnya.

Perkhidmatan Bas Pelancongan Hop-On Hop-Off Selangor Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong

Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, projek bas pelancongan ini dijangka mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Daerah Sepang sebanyak 3%- 5% hingga tahun 2023.

Perkhidmatan Bas Pelancongan Hop-On Hop-Off Selangor Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi dan peluang pendapatan kepada operator yang terlibat serta penduduk sekitar.

Perkhidmatan Bas Pelancongan Hop-On Hop-Off Selangor Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong

Tourism Selangor akan bekerjasama dengan lebih giat lagi dalam membangunkan pakej perkhidmatan bas pelancongan HOHO menerusi aplikasi mudah alih ‘Go Selangor’ selain melalui laman sesawang Selangor.Travel serta laman media sosial rasmi di Facebook, Twitter dan Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

TGV Buka Cawangan Ke-39, Multiplex 16 Dewan di Pavilion Bukit Jalil

Ogy Ahmad Daud Terima Pinangan, Majlis Berlangsung Minggu Depan