in , , ,

Perkahwinan Hanya Bertahan Enam Bulan, Zarina Anjoulie Sahkan Sudah Bercerai

Mahligai yang dibina pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah hanya mampu bertahan selama enam bulan selepas mengumumkan dia kini sudah pun bercerai.

Selepas enam bulan berkahwin, Zarina Anjoulie mengumumkan dia dan Eilyas Azhar atau lebih dikenali dengan panggilan Yas sudah bercerai. Tiada angin dan tiada ribut, tup tup bercerai, apa cerita sebenarnya ni? Pada hari ini, Rabu, 27 Januari, rata-rata media… boleh dikatakan semua media dan portal berita telah menyiarkan berita perceraian Zarina Anjoulie ini dan tuan punya badan dah pun mengesahkan berita ini di mana Zarina Anjoulie telah menyiarkan satu posting di Instagramnya.

“Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,”

– Zarina

Zarina kata, hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupnya. Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Yas. Pelik gak ni, sebab biasanya kalau bercerai mestilah sedih, tapi sebaliknya apa yang berlaku ni, Zarina tak sedih pun malah kalau kita baca posting Zarina, dia seperti gembira sebab dah bercerai…. tu lah kan… baca posting ni macam sinikal pun ada.

Di ruangan komen di posting ini, didapati Zarina tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai punca perpisahan mereka sebab dia memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

Perkahwinan Hanya Bertahan Enam Bulan, Zarina Anjoulie Sahkan Sudah Bercerai
Zarina memilih untuk menutup ruang komen.

Dalam satu video lain, Anju berkata tiada perkara besar terjadi antara mereka dan merasakan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin terlalu cepat. Tambahnya lagi, desakan daripada netizen serta pendakwah selebriti yang menggesanya berkahwin membuatkan dirinya tertekan dan mengambil langkah untuk terus berkahwin ketika itu.

“Aku rasa aku kahwin terlampau cepat. Sekarang aku tengok ramai orang pressure suruh kahwin. Dengan PU semua sibuk suruh aku kahwin! Kau ni semua mengelabah si**!

– Zarina

Dalam pada itu, Anju berkata dia terlampau mendengar kata-kata orang untuk segera berkahwin dan mengakui kesilapan tersebut antara punca penceraian berlaku.

Perkongsian ini sebenarnya mengejutkan ramai pihak terutama pengikut setianya di IG kerana Anju dan suaminya dilihat sangat bahagia dan sering berdua ke mana-mana. Malah, tempoh perkahwinan mereka juga belum sampai usia setahun.

Selepas beberapa jam mendiamkan diri, akhirnya Zarina membuka mulut mengenai punca perkahwinannya tidak dapat diselamatkan lagi.

“Ya, Anju dah cerai. Bukan sibuk nak kecoh pun tapi sebab ramai dah tanya.”

– anju

Jelas wanita itu lagi, mereka bukanlah berpisah atas perkara yang buruk pun. Cumanya mereka kini tidak lagi mempunyai kemahuan yang sama. Atau dalam kata lain, diorang dah tak sehaluan lagi.

“Kami berpisah atas pilihan sendiri.”

Sudah sekian lama tidak meluangkan masa bersama keluarga, Anju menyatakan yang dia kini hanya memberikan fokus kepada keluarga, anak lelakinya dan juga kerja.

“Saya cuma mahu habiskan masa terluang bersama keluarga.”

Meskipun menerima pelbagai mesej mengenai pendedahan tersebut, dia menyatakan bahawa ini adalah pilihan terbaik buat dirinya selain berterima kasih kepada semua yang risaukan keadaan dirinya.

Perkahwinan Hanya Bertahan Enam Bulan, Zarina Anjoulie Sahkan Sudah Bercerai
Pasangan ini berkahwin pada 17 Julai tahun lalu.

Komen Netizen, Terkejut dengan Berita Perceraian

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen dilihat agak terkejut, risau dan netizen seperti biasa akan buat spekulasi dan juga andaian dengan apa yang disiarkan oleh Anju. Walaubagaimanapun, ramai juga yang memberi kata-kata semangat, kata-kata nasihat supaya pelakon itu terus tabah dan memperbaiki dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Serious lah Anju, macam tak percaya”

“Betul ke ni last week tengok Anju ok je”

“Mungkin bukan jodoh” kata beberapa netizen.

Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal. Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

“Baru Je Umum Cerai Terus Tayang Dada?”

Baru sahaja mengumumkan perceraian, Zarina dilihat ada memuat naik video review produk kecantikan dengan menayang dadanya.

Lebih menjadi perhatian, kapsyen yang ditulis oleh Anju menjadi perhatian ramai iaitu ‘hidup single be like..‘ merujuk kepada status terbarunya.

Melihatkan video tersebut, rata-rata netizen terkejut serta mengatakan baru sahaja umumkan perceraian terus berpakaian menayang dada.

Bagaimanapun, ramai yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Anju diberi kekuatan serta dipermudahkan segala urusan selepas ini.

Tidak kurang juga, ramai yang tidak menyangka pasangan itu bercerai kerana mereka sangat serasi bersama serta berharap agar Anju dan Yas berbaik serta rujuk semula.

Apa-apa pun, didoakan semoga urusan pelakon ini dipermudahkan. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Anju, semoga pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang baik.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Kotak Itu Cuma Buatan Sendiri,” – Individu Dakwa Princemeed Buat Kotak Dybbuk Palsu?

Program Bual Bicara Trio On Point (T.O.P) & Jurnal Resipi Gamit Minat Penonton