in , ,

Perjuangan Hak Isteri Dalam Filem ‘I Am Not Madame Bovary’ di TV2

Kebahagiaan hidup dalam berumah tangga harus selalu diperjuangkan kerana dalam rumah tangga bukan tentang siapa yang paling baik, tetapi bagaimana kita bersama-sama untuk menjadi lebih baik setiap hari.

Alam rumah tangga adalah ladang pahala bagi setiap orang yang mahu bersabar dengan pasangannya. Begitu juga pernikahan bukanlah sebuah perlumbaan kerana menjalani rumah tangga itu tidak mudah. Justeru suami seharusnya bertindak sebagai ketua rumah tangga yang bertanggungjawab. 

Mengangkat kisah perjuangan seorang isteri dalam mempertahankan haknya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menarik tumpuan penonton dengan menayangkan filem bertajuk “I Am Not Madame Bovary” yang disiarkan pada 2 Jun ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2. 

Perjuangan Hak Isteri Dalam Filem 'I Am Not Madame Bovary' di TV2

Filem arahan Feng Xiaogang, dengan Fan Bingbing sebagai watak utama ini menonjolkan kisah benar tentang sifat birokrasi, dan percubaan tanpa jemu seorang wanita untuk menentang sistem perundangan di China. 

Ia menceritakan kisah tentang seorang wanita bernama Li Xuelian. Dia berkonspirasi dengan suaminya untuk melakukan perceraian palsu bagi mendapatkan sebuah pangsapuri.

Setelah proses perceraian berjalan, Xuelian terkejut apabila mendapati suaminya telah curang dengan wanita lain di pangsapuri yang sama. Sejak itu Xuelian memutuskan untuk cuba melakukan apa sahaja semata-mata mahu membatalkan perceraian mereka.  Semuanya dilakukan semata-mata bagi memastikan yang suaminya tidak boleh berkahwin lain dan meninggalkannya begitu sahaja. 

Namun dugaan besar dalam dirinya bila suaminya nekad mahu meneruskan penceraian mereka. Xuelian mula buntu untuk memikirkan tindakan selanjutnya yang harus dilakukan untuk menjamin kebahagiaan masa depannya.

Perjuangan Hak Isteri Dalam Filem 'I Am Not Madame Bovary' di TV2

Lalu Xuelian memutuskan pergi ke Beijing untuk membawa kesnya ke muka pengadilan yang lebih tinggi. Begitupun nasibnya tetap malang dan kesnya tidak berjaya diteruskan hingga kesnya ditutup disana. 

Tahun berlalu, dan Xuelian terus menuntut pengadilan untuk menangani kes tersebut dan menuntut keadilan baginya.

Sejak itu dia tidak henti untuk melakukan apa sahaja termasuklah dengan memprovokasi hakim dijalanan. Malah dia juga nekad menahan kereta hakim tersebut dalam usaha mendapatkan perhatian mereka. 

Begitu pun adakah usaha Xuelian berjaya menarik perhatian mereka? Bagaimana dan apakah kekuatan yang menyebabkan Xuelin terus bertahan daripada ditindas suami dan hakim yang terus-terusan mendera perasaannya? Ikuti kesudahannya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh Sempena Sambutan Ulang Tahun TV3 Ke-39

DAMIA

Dinda Dania Lancar Single LARI-LARI Dapat Sambutan Serlah Bakat Semulajadi