in

Perjanjian Pemasaran & Pengedaran Antara Metadome & EMI Music Indonesia

Metadome Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian dengan EMI Music Indonesia untuk memasarkan & mengedarkan semua aset muzik, digital & fizikal bagi Malaysia, Singapura, Hong Kong, Brunei dan Timur Tengah.

EMI Music Indonesia selesai proses pengambilalihan baru-baru ini. Perubahan struktur perniagaan terutamanya pengedaran dan pemasaran hak cipta produk-produk EMI ini merupakan yang paling drastik pernah berlaku sejak ia mulai beroperasi.

Mulan Jameela

Antara artis-artis Indonesia dibawah syarikat rakaman EMI Music Indonesia terdahulu ialah Dewa 19, Mulan Jameela, Ada Band, Andra & The Backbone, The Titans, Five Minutes, Radja, Tahta, Kapten, Naif, Repvblik, Ten 2 Five, The One, dan The Rock.

Menurut Pengurus Kanan Metadome, KC Ismail “ Metadome telah mulai mengedarkan dan memasarkan lagu dan album artis EMI Music Indonesia bermula pada April 2009.” Menurutnya lagi “Kami berasa gembira kerana diberi kepercayaan oleh pihak EMI untuk mengedarkan repetiore mereka.”  Menurutnya lagi “Dengan kerjasama ini, kami juga berharap  dapat memperkenalkan artis-artis dibawah naungan Metadome ke pasaran Indonesia.”

Antara perancangan lain yang telah dibuat oleh Metadome ialah, mempromosikan single terbaru dari kumpulan Ada Band berjudul Pemain Cinta dan Five Minutes berjudul Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh. Metadome juga akan mempromosikan kumpulan Dewa 19 dan Andra & The Backbone yang akan menjayakan Konsert Pesta Malam Indonesia III pada 20 Jun depan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. persoalannya magu malaysia kurang quality…asyik asyik melodi samaaaaaa jerr….lagu lagu indonesia lebh bernafas baru dan memberikan kelainan sebab itu disenangi masyarakatdi malaysia kerana memang tidak ada komposer malaysia yang boleh buat lagu berirama yang ssama seperti lagu2 indonesia…bukan maksud saya untuk mengatakan bahawa lagu indonesia lebih bagus, tidak..bukan begitau, tetapi ia berlainan dgn irama lagu2 malaysia dan masyarakat di sini suka akan sesuatu yang lain dan juga suka variety…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Album Terbaru Imran Ajmain Punca Dan Tindakan Dilancarkan

Kempen Suria FM Senyum & Menang RM 18,000 Bersama Tuah & Zizi