in

Perjalanan Musim Perayaan Lebih Ideal

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia dengan rangkaian laluan yang luas menawarkan perjalanan musim perayaan yang lebih ideal. Nikmati perjalanan balik kampung atau terokai destinasi baharu dengan tambang termasuk semua serendah RM59* sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Johor Bahru, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu, dan banyak lagi. Para tetamu juga boleh menikmati tambang termasuk semua bermula dari RM289* sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi antarabangsa seperti Changsha, Cebu, Kaohsiung, Bali, serta penerbangan AirAsia X ke Perth, Tokyo, dan lain-lain.

AirAsia Raya - BM

Perjalanan Musim Perayaan Lebih Ideal Dengan Airasia

Tambang promosi ini boleh didapati secara atas talian di airasia.com bermula dari 12 Jun 2017 hingga 18 Jun 2017 bagi tempoh perjalanan segera dari 12 Jun 2017 hingga 14 Januari 2018. Tempahan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia bagi peranti iPhone dan Android, serta di laman mudah alih mobile.airasia.com. Para tetamu juga disarankan untuk merancang dan menempah penerbangan hingga 365 hari lebih awal untuk menikmati tambang rendah bagi semua tempoh perjalanan.

Spencer Lee, Ketua Komersial, AirAsia Berhad berkata, “Musim perayaan adalah masa untuk anda meluangkan detik-detik berharga bersama keluarga, justeru melalui rangkaian laluan yang luas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau ini, kami berharap untuk membawa anda atau keluarga anda pulang untuk beraya bersama-sama. Kami juga sentiasa menawarkan tambang rendah, supaya ke mana sahaja anda pergi, pilihlah perjalanan yang lebih ideal bersama kami.”

Sempena musim perayaan ini, AirAsia juga telah menambah 48 penerbangan tambahan sehala setiap minggu dari 15 Jun 2017 hingga 9 Julai 2017 untuk destinasi terpilih seperti Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (3 penerbangan tambahan sehala setiap minggu), Johor Bahru ke Miri (7 penerbangan tambahan sehala setiap minggu), Kota Bharu ke Kuala Lumpur (3 penerbangan tambahan sehala setiap minggu), Kota Kinabalu ke Johor Bahru (7 penerbangan tambahan sehala setiap minggu), dan banyak lagi.

Harga Promosi Tambang Termasuk Semua Bermula Dari Rm59* Sehala

Sebagai nasihat perjalanan, para tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X untuk mengelakkan kesesakan. AirAsia juga mencadangkan kepada tetamu untuk daftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih, atau kiosk daftar masuk bagi memudahkan perjalanan mereka. Selain itu, sila pra-tempah peruntukan berat bagasi kerana anda hanya dibenarkan membawa satu bagasi kabin dan 1 beg komputer riba atau beg tangan yang tidak melebihi 7kg ke dalam pesawat.

Bagi tetamu yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Para tetamu juga disarankan untuk pra-tempah hidangan atas talian, yang boleh dibuat hingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan menerusi ‘Urus Tempahan Saya’ untuk memastikan hidangan disediakan kepada mereka. Selain itu, tetamu yang membuat tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu hadir lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Datuk Hans Isaac Tunda Kahwin

Senarai Program Drama Syawal 2017 di Portal Tonton