in ,

Perdana Menteri Ketuai Takbir Raya Untuk Pertama Kali Buat Netizen Terharu & Sebak

Rasanya umum mengetahui yang YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari selepas seorang pegawai kanan yang menyertai mesyuarat bersama beliau telah disahkan positif Covid-19.

Namun pada malam menjelangnya hari raya Aidilfitri seluruh rakyat Malaysia menyaksikan rakaman awal alunan takbir hari raya yang diketuai Tan Sri Muhyiddin bersama menteri kabinet dan barisan pimpinan kerajaan yang lain dengan mengikut SOP penjarakan sosial.

Dalam video yang dirakam di Putrajaya itu, Tan Sri Muhyiddin berbusana baju Melayu berwarna merah jambu sedang duduk bersila bersama barisan jemaah menteri dan wakil-wakil petugas barisan hadapan

Menerusi video tersebut selain barisan menteri kabinet, alunan takbir berkenaan turut disertai wajah-wajah penting negara seperti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Video tersebut nyata membuatkan ramai penonton merasa sebak dan terharu dimana rata-rata netizen berpendapat, perayaan aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam menangani Covid-19. Ramai juga yang meluahkan rasa terharu melihatkan Tan Sri Muhyiddin mengetuai alunan tersebut menjadikan beliau perdana menteri pertama yang pernah mengetuai alunan takbir raya. 

Video sepanjang 4 minit 52 saat itu, disiarkan menerusi laman Facebook Muhyiddin Yassin dan stesen-stesen televisyen malam ini dan ditonton serta diperkatakan ramai netizen sehingga menjadi trending di Youtube Malaysia. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Budiey Dot Com! Maaf Lahir dan Batin.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hans Issac Bukan Lagi Pengerusi FINAS

Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka