in ,

Peraduan Video Klip Muncul Kamu The Fabulous Cats

Ini Peluang Anda Untuk Muncul Dalam Klip Video The Fabulous Cats

Peminat-peminat setia The Fabulous Cats kini berpeluang untuk muncul dalam video klip ‘Muncul Kamu’ sekitar April nanti.

Mereka yang berminat hanya perlu perlu merakamkan aksi-aksi mereka menyanyikan atau melakonkan watak-watak yang bersesuaian dengan lagu ‘Muncul Kamu’ dalam bentuk video klip dan hantarkan melalui http://www.facebook.com/TFCFanPage menjelang 31 Mac 2011.

Penyertaan terbuka kepada semua samada secara solo mahupun berkumpulan. Klip-klip yang menarik akan digabungkan dengan musik video rasmi lagu ‘Muncul Kamu’ yang kini dalam proses pembikinan.

Dicetuskan oleh The Fabulous Cats sendiri dengan kerjasama Alibi Music Sdn Bhd, musik video ini diterbitkan sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat setia yang sentiasa menyokong perjalanan karier seni The Fabulous Cats.

“Di dalam musik video kami yang terdahulu seperti ‘Bawaku Terbang’ dan ‘Cinta Kosmik’, hanya ahli kumpulan kami yang ditampilkan. Kali ini, kami mencari suatu kelainan dan kami mahukan peminat-peminat kami rasa dihargai. Mereka boleh menyanyikan sendiri lagu ‘Muncul Kamu’ ataupun ‘miming’ sahaja. Yang penting, persembahan mereka mestilah menyerlah dan kreatif.

Selain para peminat, kami juga merancang untuk menampilkan beberapa orang selebriti dalam musik video ini. Yang pasti, musik video ini menghiburkan dan disukai ramai. Tunggu dan lihatlah hasilnya nanti” ujar Cat Farish selaku ketua kumpulan The Fabulous Cats.

Menurut Encik Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, idea istimewa ini adalah satu kempen semata-mata dan dianjurkan sepenuhnya melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

“Alibi Music Sdn Bhd kini semakin serius dengan saluran Media Baru terutamanya laman sosial Facebook. Pelbagai agenda telah kami rancang dengan merombak semula semua saluran Media Baru kami.

Sebagai permulaan, kami melancarkan kempen ini sambil mempromosikan lagu terbaru The Fabulous Cats yang telah dirilis penghujung 2010. Kami berharap para peminat The Fabulous Cats akan memberi respons positif sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini dan The Fabulous Cats sendiri,” katanya menamatkan perbualan.

Tentang ‘Muncul Kamu”
Muncul Kamu’ adalah sebuah lagu ‘pop-dance’ yang digubah oleh Cat Farish, Adeep Nahar dan Francis Cobb manakala lirik ditulis oleh Cat Farish dan Adeep Nahar.
Lagu ini semakin mendapat tempat di stesen-stesen radio tempatan dan kini tersenarai dalam Carta 20 Hot FM.

Single Muncul Kamu adalah lagu runut bunyi filem ‘Cuti-Cuti Cinta’ telah ditayangkan di pawagam tahun lepas. Buat pertama kalinya, semua anggota The Fabulous Cats yang terdiri daripada Cat Farish, Adeep Nahar, Wangi Julianda dan Zizi turut berlakon di dalam filem berkenaan yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM4 juta dalam kutipan box-office.

Contoh Klip Video Muncul Kamu – intro

Contoh Klip Video Muncul Kamu – chorus

Contoh Klip Video Muncul Kamu – bridge

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Perempuan Ditayang 1 April Ini

Rossa Bakal Lancar Album The Best of Rossa