in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey THE EQUALIZER 2

Salam semua pembaca Budiey.com, filem aksi dan thriller yang luar biasa, THE EQUALIZER 2 akan menemui penonton tidak lama lagi. Sudah tentu ramai peminat filem ini mahu mengetahui kisah menarik untuk filem kali ini. Jadi, dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem THE EQUALIZER 2 yang akan diadakan di GSC 1Utama pada 29 Ogos 2018.

Masih ingat tak lagi dengan filem lakonan hebat Denzel Washington berjudul THE EQUALIZER yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2014. Kira-kira empat tahun lalu, filem ini sangat diminati kerana aksi dan juga kelincahan hero yang membawa watak pembunuh yang sangat cool membantu orang. Namun, dalam filem THE EQUALIZER 2 ni, ia sangat berbeza kerana watak Washington dalam filem ini penuh dengan dendam kesumat.

Filem ini diarahkan oleh Antoine Fuqua dan skrip pula ditulis oleh Michael Sloan dan Richard Lindheim. Ianya dibintangi oleh Pedro Pascal, Denzel Washington, Bill Pullman, Melissa Leo, Jonathan Scarfe, Ashton Sanders, Mickey Gilmore, Abigail Marlowe, Alexa Giuffre, Kayla Caulfield, Leah Procito, Alin Halajian, Liam McNeill, Jay Hieron, dan Donald Cerrone.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 30 Ogos 2018.

Untuk kalian yang menyukai filem yang padat dengan aksi ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

THE EQUALIZER 2

Selain hadiah tiket tayangan filem, Budiey juga ingin memberikan hadiah merchandise filem THE EQUALIZER 2:

Shoe Bag2

3 x Limited Edition ‘The Equalizer 2’ Shoe Bag

PoloT

3 x Limited Edition ‘The Equalizer 2’ Polo Tee

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE EQUALIZER 2

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

29 Ogos 2018

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE EQUALIZER 2 – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Selain tiket menghadiri premiere, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah merchandise ini.

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheEqualizer2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon dalam filem THE EQUALIZER 2

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda: Slogan: Saya suka menonton filem THE EQUALIZER 2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi: Nama: Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey THE EQUALIZER 2

Tarikh tutup peraduan: 27 Ogos 2018.

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

THE EQUALIZER 2

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem aksi thriller ini mulai 30 Ogos 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

THE EQUALIZER 2

THE EQUALIZER 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari WARISAN EMAS

Kaka Azraff Kembali SIBUK