in , ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem SANTET: BLACK MAGIC

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!

Budiey dengan kerjasama Skylar Pictures, Cashmere Studios dan Empire Film Solution ingin mengajak anda semua menghadiri Malam Gala Filem SANTET pada 22 Oktober 2018 di MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara.

Budiey pasti ramai yang mahu menonton filem seram yang unik ini terutamanya di kalangan peminat filem Indonesia, kan?

Untuk pengetahuan, filem seram Indonesia yang berjudul SANTET akan berada di seluruh pawagam di Malaysia mulai 25 Oktober 2018. Jadi, pergilah menonton!

Poster - SANTET

SINOPSIS FILEM SANTET

Sebelum kita menonton apa kata kita baca dulu sinopsis ringkas filem ini. SANTET: BLACK MAGIC mengisahkan tentang Rendy (Marcelino) kembali ke kampung halamannya di Indonesia bersama-sama isterinya, Laura (Kelly Brook) dan dua anak perempuannya Aaliyah (Jazz Ocampo) dan Kelly (Bali Nadeya Curtain). Rendy yang sudah lama bermastautin di Amerika Syarikat pulang ke negara kelahirannya kerana ingin menjaga ibunya selepas bapanya mengambil keputusan nekad dengan membunuh diri.

Sejak kepulangannya, Rendy melihat tahap kesihatan ibunya yang merudum dan hanya mampu terlantar di katil sahaja. Ibunya hilang keupayaan untuk bercakap dan mula meracau-racau selain menyerang Laura dan cucu-cucunya, seakan-akan memberi tanda untuk mereka keluar dari rumah agam keluarga Rendy.

Ibu Rendy kemudian dibawa ke hospital selepas dia memuntahkan darah, kaca dan paku di hadapan Rendy, isteri dan anak-anak mereka. Walaupun mengetahui apa yang dialami oleh ibunya tidak boleh dirawat dengan kepakaran doktor perubatan, namun Rendy tetap berkeras menghantar ibunya ke hospital.

Rendy menyedari yang keluarganya diganggu syaitan dan makhluk halus, namun tiada apa yang dapat dilakukannya untuk mengelakkan keluarganya daripada terus diganggu.

Filem SANTET: BLACK MAGIC

Apa itu Santet? Haa, kalau nak tahu, Santet tu bermaksud ‘ilmu hitam’ memaparkan sebuah kisah seram mengenai sebuah keluarga yang diganggu dengan ilmu hitam.

Pengarahnya, Helfi Kardit menyatakan bahawa jalan cerita dalam filem SANTET: BLACK MAGIC ini merupakan inspirasi kepada kisah yang pernah berlaku.

“Sesuatu yang istimewa mengenai filem SANTET: BLACK MAGIC apabila kami menggabungkan barisan pelakon daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Filipina dan Indonesia.

“Malah, kami berasa cukup bertuah kerana berjaya mendapatkan pelakon popular, Kelly Brook sebagai teraju utama filem ini,” – Helfi Kardit

Selain Kelly, SANTET: BLACK MAGIC turut menampilkan barisan pelakon Indonesia seperti Marcelino Lefrandt, Ray Sahetapy and Ayu Dyah Pasha serta pelakon kelahiran Filipina iaitu Jazz Ocampo.

Menjalani penggambaran sepenuhnya di Indonesia, filem berkenaan turut menelan kos pembikinan sebanyak RM4 juta.

Bercerita lebih lanjut mengenai pemilihan Kelly Brook sebagai teraju utama, Helfi menyatakan kemunculan model dan pelakon seksi yang pernah tampil dalam beberapa filem Hollywood seperti The Italian Job dan Piranha 3D itu telah menampilkan aksi lakonan yang cukup memberangsangkan.

“Kalau menceritakan tentang bayaran untuk Kelly, jumlahnya sahaja boleh menampung kos untuk menghasilkan sebuah filem seram di Indonesia.

“Namun begitu, ia bukan menjadi satu ukuran buat kami kerana apa yang lebih penting adalah impak filem ini agar dapat memberi kepuasan kepada penonton yang menggemari filem-filem bergenre seram,”  Helfi Kardit

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 OKTOBER 2018, filem SANTET: BLACK MAGIC turun ditayangkan di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, dan Filipina.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SANTET

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 50 keping tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

22 Oktober 2018 (Isnin)

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SANTET – Budiey.com di MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara. Kami juga akan menyediakan popcorn & coke untuk korang makan-makan dalam pawagam nanti.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Santet #santetblackmagic #25Oktober2018

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: https://www.facebook.com/EmpireFilmSolutionSdnBhd/ Instagram: @empirefilmsolution www.facebook.com/budieydotcom

2. Jawab soalan mudah ini: Siapakah pengarah filem ini?

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem SANTET kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem SANTET

Tarikh tutup peraduan:

21 Oktober 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Empire Film Solution Sdn. Bhd dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan ini mulai 25 Oktober 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/EmpireFilmSolutionSdnBhd/

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lady Gaga & Bradley Cooper Team Up For SHALLOW

Datuk Yusof Haslam Saman Individu Sebar Rakaman MUNAFIK 2