in ,

Peraduan Tayangan Premiere PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION 3D

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Untuk acara Premiere With Budiey pada bulan Oktober ini, Budiey mahu perkenalkan kepada anda semua sebuah filem aksi seram berbentuk realistik yang kini menjengah ke siri ke-5 berjudul PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Paling menyeronokkan apabila anda yang hadir dapat menonton filem ini dalam visual 3D. Beberapa orang selebriti juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 29 Oktober 2015.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi suspen yang mengujakan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

PARANORMAL ACTIVITY 5 - THE GHOST DIMENSION 3D photo PAGD Ticket.jpg

Sinopsis PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION:

Genre : Horror

Sutradara : Gregory Plotkin

Penerbit : Jason Blum, Oren Peli

Penulis Skrip : Jason Pagan, Andrew Deutschman

Pelakon : Billy Shepperd, Jay Hieron, Tyler Craig

Mungkin anda yang suka menonton filem seram dan horror masih belum puas dengan cerita dari Paranormal Activity 4, maka kali ini Paramount melanjutkan kisah filem ini ke sekuel berikutnya iaitu PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION.

Berdasarkan pada filem-filem ini dari Paranormal Activity sebelumnya kita sudah mengetahui bagaimana corak dan konsep penceritaan filem ini berdasarkan rakaman kamera. Pasti ramai di kalangan anda yang menantikan PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION di mana dalam filem ini ia mengisahkan kejadian aneh yang berlaku dengan supernatural di sebuah rumah. Kejadian ini dialami oleh sebuah keluarga yang baru tinggal di sana.

Sayangnya anak dari keluarga tersebut sangat dekat dengan hal-hal yang berbau mistik. Jadi dia lebih mudah untuk diganggu. Yang paling mengerikan lagi apabila si ayah masih belu lagi sembuh atau pulih dari diganggu oleh makhluk halus ini.

Bagi pencinta filem seram, khususnya yang suka dengan filem sebegini ini Budiey kira anda wajib menonton. Ini adalah kerana filem ini dikatakan sentiasa menyajikan cerita yang misteri dan suspen tentang peristiwa supernatural yang dialami oleh sebuah keluarga. Budiey jangkakan filem kali ini lebih membuat dada kita dag dig dug berdebar-debar.

Peraduan Tayangan Premiere Filem PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION 3D

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 131 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

27 Oktober 2015 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION 3D– Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ParanormalActivity kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon yang membintangi filem PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere PARANORMAL ACTIVITY 5 – THE GHOST DIMENSION 3D – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

25 Oktober 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan ini mulai 29 Oktober 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ed Sheeran Bakal Jadi Pengacara MTV EMA 2015 di Italy

Destination: GOOD – ASEAN Social Enterprise in Kuala Lumpur