in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

Hello semua pembaca dan Budieyators! Nampaknya, pejam celik-pejam celik kita dah pun sampai ke pertengahan bulan Jun 2016. Cepat je masa berlalu. Budiey perhatikan semakin banyak filem terhebat menanti untuk ditonton pada bulan ini. Semuanya best-best belaka.

Ya, ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini di mana Budiey akan menganjurkan Premiere With Budiey sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh semua orang berjudul INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE.

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas?

Korang dah tonton ke trailer terbaru untuk Independence Day: Resurgence? Budiey dah tengok. Memang realistik betul paparan kali ini di mana ianya menampakkan berbagai kehancuran di sebahagian besar wilayah di Bumi akibat dendam 20 tahun makhluk asing, termasuk kehancuran Menara Berkembar KLCC! Tak percaya korang tengok ya.

Tonton Final Trailer ini:

[dropcap]S[/dropcap]ebanyak 178 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem hebat ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem arahan Roland Emmerich yang padat dengan aksi menarik ini digarap dengan hebat kerana lakonan hebat Joey King, Maika Monroe, Liam Hemsworth dan ramai lagi ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 23 Jun 2016.

Pastinya ramai yang nak tengok bagaimana rupa Menara Berkembar KLCC menerima bencana dalam filem ni kan?

Ini Dia Poster Rasmi Filem Independence Day Resurgence

Sinopsis Filem INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

Pihak 20th Century Fox berhasil mendedahkan ketegangan yang semakin memuncak hasil daripada promosi terbaru film ini. Para penonton yang menyaksikan treler terbaru ini akan dibawa ke memori kejadian tahun 1996 yang kemudian disusuli dengan serangan lebih dahsyat pada tahun ini.Sebelum ini, mereka juga telah melakukan strategi pemasaran berupa penerbitan komik yang menjadi jambatan antara film pertama dan sekuelnya ini.

Selain dalam bentuk komik, 20th Century Fox juga telah melancarkan sebuah laman web viral (www.warof1996.com) untuk menjelaskan lebih mendalam mengenai latar belakang Independence Day: Resurgence. Salah satu hal yang dapat kita ketahui dari laman web tersebut adalah mengenai nasib Kolonel Steven Hiller lakonan Will Smith.

Independence Day: Resurgence akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2016.

Independence Day: Resurgence

Peraduan Tayangan Premiere Filem INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan 178 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

21 Jun 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC 1 Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE – Budiey.com di GSC 1 Utama, Bandar Utama pada 21 Jun 2016. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #IndependenceDayResurgence

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #IndependenceDayResurgence kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan tiga bangunan yang runtuh dalam filem INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Tayangan Premiere INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

20 Jun 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 23 Jun 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Ramadan ALIM-ALIM KUCING Penuh Dengan Teladan

TV3 & TV9 Lancar Program Raya Syukur Selalu 2016