in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey HOTEL TRANSYLVANIA 2

Salam semua pembaca Budiey.com, filem animasi terhebat HOTEL TRANSYLVANIA 2 akan menemui penonton tidak lama lagi. Sudah tentu ramai peminat filem ini mahu mengetahui kisah menarik kali ini. Jadi, dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem HOTEL TRANSYLVANIA 2 yang akan diadakan di GSC 1Utama pada 23 September 2015.

HOTEL TRANSYLVANIA 2 sebuah filem animasi yang menceritakan tentang Dracula (menggunakan suara pelakon Adam Sandler) yang merasa ragu-ragu dengan cucunya, Dennis. Ini kerana Dennis masih belum menunjukkan tanda-tanda sebagai seorang vampire. Dracula kemudian cuba melatih Dennis dalam sebuah kem latihan untuk menjadi monster. Ayah Dracula bernama Vlad (Mel Brooks) sedar cicitnya itu tidak berdarah vampire. Lalu keadaan menjadi kalut semasa Vlad mengetahui manusia diterima di Hotel Transylvania.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 24 September 2015

Untuk kalian yang menyukai filem yang mencuit hati ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

HOTEL TRANSYLVANIA 2

Peraduan Tayangan Premiere Filem HOTEL TRANSYLVANIA 2

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

23 September 2015

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere HOTEL TRANSYLVANIA 2 – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Selain tiket menghadiri premiere, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah merchandise ini.

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey HOTEL TRANSYLVANIA 2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon suara dalam filem HOTEL TRANSYLVANIA 2

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda: Slogan: Saya suka menonton filem HOTEL TRANSYLVANIA 2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi: Nama: Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey HOTEL TRANSYLVANIA 2

Tarikh tutup peraduan: 23 September 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem animasi komedi ini mulai 24 September 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey HOTEL TRANSYLVANIA 2

HOTEL TRANSYLVANIA 2

HOTEL TRANSYLVANIA 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FIFTY FIFTY Presented By VANS

Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-27