in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – CRIMSON PEAK

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Untuk acara Premiere With Budiey pada bulan Oktober ini, Budiey mahu perkenalkan kepada anda semua sebuah filem thriller seram berjudul CRIMSON PEAK di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer CRIMSON PEAK yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie horror Hollywood yang sarat dengan kesan CGI ini. Filem ini dikatakan bukan calang-calang filem seram. Ini kerana kalau kita tengok pelakon dan juga krew serta penerbitnya merupakan orang yang femes. Sebut je penerbit yang bernama Guilermo del Toro, sudah tentu kita akan teringat kecemerlangan beliau dalam menghasilkan filem bermutu seperti Pacific Rim, Hellboy, The Hobbit dan banyak lagi lah.

Kalau kita tengok barisan pelakon pula, antara yang popular ialah Jessica Chastain yang beberapa bulan lalu berlakon dalam Interstellar dan pelakon utama dalam filem seram Mama. Selain Jessica Chastain, filem CRIMSON PEAK juga dilakonkan oleh Charlie Hunnam yang pernah bekerjasama menjayakan filem Pacific Rim.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 15 Oktober 2015.

Untuk kalian yang menyukai filem seram yang epic dan klasik, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Crimson Peak

Sinopsis Filem CRIMSON PEAK

Sebelum apa-apa, jom kita baca dulu sinopsis filem ini. Berlatarkan abad ke-19 di Cumbria, di sebauh rumah yang terletak di sebuah kampung di dataran tinggi Inggeris Utama. Edith Cushing (lakonan Mia Wasikowska) merupakan kekasih kepada Sir Thomas Sharpe (lakonan Tom Hiddleston) akhirnya membawa Edith untuk menetap di rumah besar keluarga Sharpe.

Namun, di sebalik hubungan mereka, rumah tersebut menyimpan satu rahsia besar iaitu rumah tersebut dipercayai berpuaka dan berhantu. Adik kepada Thomas pula bernama Lady Lucille Sharpe (lakonan Jessica Chastain) juga dilihat mempunyai sifat yang cukup aneh dan pelik. Tidak lama selepas mereka menetap di rumah puaka itu, Edit sedar beliau perlu meninggalkan rumah tersebut. Berjayakan Edith melarikan diri? Sama-sama kita saksikan mulai 15 Oktober ini di pawagam berhampiran ya.

Peraduan Tayangan Premiere Filem CRIMSON PEAK

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

13 Oktober 2015 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere CRIMSON PEAK– Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #CrimsonPeak kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah yang mengarah filem CRIMSON PEAK

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere CRIMSON PEAK – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere CRIMSON PEAK – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

11 Oktober 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan ini mulai 15 Oktober 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahim Razali Hidupkan Watak Osman Baku Musim Ke-3

Xpax Fantasy Fest 2015