in

Peraduan Santai Tanah Merah ntv7 di Ayer Keroh Country Resort

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Mahu tak kalau Budiey jemput anda menikmati satu percutian santai bersama pelakon drama Tanah Merah yang ditayangkan setiap Khamis di ntv7 tu? Jika mahu, apa kata anda sertai peraduan ini.

Hadiahnya, anda akan dibawa menginap di Ayer Keroh Country Resort yang terletak di Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka selama satu malam bersama pelakon drama Tanah Merah sambil mengikuti aktiviti menarik di sana pada 22 dan 23 Jun 2013. Penginapan, sarapan pagi dan pengangkutan juga disediakan. Bukan anda seorang ya, sebab anda boleh membawa seorang kawan untuk menemani anda di sana. Cool tak?

Barisan Pelakon Tanah Merah

Barisan Pelakon Tanah Merah. Jom bersama mereka bersantai-santai sambil bercuti.

Jadual Percutian Bersama Pelakon Tanah Merah:

22 Jun 2013

7.30 pg     : Berkumpul di Karangkraf

8.00 pg     : Bertolak ke Melaka

11.00 pg   : Tiba di Ayer Keroh Country Resort (AKCR), Melaka

12.00 tghr: Makan tengahari di AKCR

1.00 ptg : Taklimat ringkas dan pemberian kunci bilik

2.00ptg   :Treasure Hunt/ Aktiviti Berkumpulan

5.00 ptg: Minum petang

6.00 ptg: Bersedia untuk Malam Santai Tanah Merah

8.00 mlm: Malam Santai Tanah Merah

*BBQ/Sesi Karaoke/ Tayangan Episod 12

12.00 mlm: Bersurai

23 Jun 2013

8.00 pg          : Sarapan

12.00 tghr     : Daftar keluar

12.30 tghr     : Bersiar-siar di bandar Melaka

4.00 ptg         : Bertolak balik ke Karangkraf

Santai Tm Logo Sponsor

Untuk info pembaca, drama Tanah Merah dihasilkan oleh pengarah dan penerbit terkenal, Kabir Bhatia disiarkan setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7.

Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta.

Hasil produksi Filmscape Sdn Bhd, penggambaran Tanah Merah yang diadakan di lokasi utamanya di Ayer Keroh Country Resort, Melaka diharapkan bakal menjadi sebuah lagi drama ikutan ramai penonton Malaysia yang tercari-cari drama yang sarat dengan elemen penyiasatan dan plot keberanian seorang wartawan gadis muda. Siri ini akan berakhir pada 27 Jun 2013.

Untuk baca sinopsis lanjut drama ini, sila klik DI SINI.

Budiey ada 10 tempat untuk pembaca Budiey.com dan ini bermakna Budiey akan memilih 5 orang pemenang.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri blog ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage ntv7 : https://www.facebook.com/ntv7.feelgood dan juga Facebook Budiey.com: https://www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #SantaiTanahMerah. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu join #SantaiTanahMerah bersama @Budiey  & @ntv7 kerana …. (sampai cukup untuk Tweet)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Slogan: Saya mahu menyertai Santai Tanah Merah Bersama @budiey & @ntv7 kerana … (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Santai Tanah Merah di Ayer Keroh Country Resort 

Tarikh tutup peraduan:
19 Jun 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & Twitter.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada penaja ntv7 dan Ayer Keroh Country Resort kerana sudi memberi peluang ini kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Santai Tm Logo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Introduces The GALAXY S4 Zoom

RunningMan Kim Jong Kook Malaysia Showcase 2013