in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MILLY & MAMET

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem MILLY & MAMET di TGV Cinemas 1 Utama pada 4 Mac 2019 (Hari Rabu). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem romantik komedi yang diadaptasi dari filem Ada Apa Dengan Cinta 2 dan disampaikan dengan santai dan sangat hilarious berjudul MILLY & MAMET.

Filem MILLY & MAMET

Milly & Mamet Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Mamet yang sekarang tidak sama dengan Mamet ketika beliau masih remaja iaitu semasa 16 tahun yang lalu. Mamet yang sekarang ni tampak lebih gagah, meskipun tidak boleh menyembunyikan wajah bodoh sempoinya tu. Ia kini sudah dewasa dan memang lengkap untuk menjadi lelaki sejati gitu.

Sementara itu, Milly sudah siap menunjukkan dirinya sebagai wanita dewasa, meskipun begitu, karakter tak ubah macam dulu jugak, macam Mamet yang ‘kebodohannya’ tidak dapat dihindarkan.

17 tahun yang lalu, keduanya mempunyai karakter yang berlawanan. Mamet yang lugu, habis jadi bulan-bulanan Milly dan gengnya bersama Cinta, Karmen, Alya dan Maura. Kini, Mamet dan Milly dipertemukan kembali, di bawah malam yang sunyi, diantara suramnya cahaya malam, kerana kereta lama Mamet rosak tersadar di tengah jalan.

Dari sinilah kisah Milly dan Mamet bermula Ada konflik dan perselisihan serta konflik yang berlaku kepada pasangan ini. Semuanya dibalut dengan dengan cinta dan tentu saja jenaka. Bukan sekadar komedi biasa-biasa, namun, kisah Milly dan Mamet rasanya sangat dekat bagi kehidupan setiap orang.

Antara pelakon yang membintangi filem yang berdurasi 101 minit ialah Julie Estelle, Sissy Priscillia,Dennis Adhiswara, Ernest Prakasa, Yoshi Sudarso, Titi Kamal, Isyana Sarasvati, Dian Sastrowirdoyo, Melly Goeslaw.

Filem yang diarahkan oleh Ernest Prakasa ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019.

Filem MILLY & MAMET

Sinopsis Filem MILLY & MAMET

Melanjutkan timeline dari kisah Ada Apa Dengan Cinta 2, kini Milly (Sissy Priscillia) & Mamet (Dennis Adhiswara) sedang sibuk menguruskan bayi mereka. Mamet yang punya semangat memasak dan sempat bekerja sebagai chef kini bekerja di kilang milik Papa Milly.

Satu pilihan yang agak terpaksa, kerana kini dia jadi tumpuan keluarga kecil mereka setelah Milly berhenti dari pekerjaanya sebagai penagawi bank untuk fokus membesarkan anak.Pada suatu hari, Mamet berjumpa Alexandra (Julie Estelle), kawan rapatnya semasa belajar dulu.

Dengan yakin sekali, Alexandra bercerita bahawa dia sudah mendapatkan pelabur untuk membayar idea restoran yang dulu pernah mereka mimpikan bersama.

Dengan hubungan Mamet dan Papa Milly yang semakin buruk, apakah Mamet akan menerima tawaran ini dan mengejar mimpinya?

Dan bagaimana Milly beradaptasi dengan hidup barunya sebagai suri rumah sepenuh masa.

Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan aksi ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 4 Mac 2019 (Hari Isnin).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 7 Mac 2019, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer MILLY & MAMET yang telah diriliskan di Youtube:

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Yang seronoknya, anda yang hadir dan yang menang khususnya berpeluang untuk beramah mesra dengan pelakon dan pengarah filem ini.

Filem MILLY & MAMET

Peraduan Premiere With Budiey Menonton MILLY & MAMET

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
4 Mac 2019 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MILLY & MAMET– Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MillyMametMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #MillyMametMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem MILLY & MAMET

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan MILLY & MAMET– Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem MILLY & MAMET

Tarikh tutup peraduan:

2 Mac 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 7 Mac 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Dennis Adishwara, Sissy Prescillia, Julie Estelle _ Yoshi Sudarso
Sissy Prescillia _ Dennis Adishwara
Sissy Prescillia, Dian Sastrowardoyo, Adinia Wirasti _  Titi Kamal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budak Lelaki 11 Tahun Warisi Harta Jutaan Ringgit Karl Lagerfeld

Pelawak AR Badul Sakit Jantung Masuk ICU, Ini Keadaan Sekarang