in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SWORD MASTER

Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan Premiere With Budiey menonton sebuah filem aksi berjudul SWORD MASTER.

Jadi, di sini, Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Sword Master

Kalau nak tahu, filem arahan Tung-Shing Yee 爾冬陞 ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 1 Disember 2016.

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan aksi suspen ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Jadi, jangan berlengah lagi ya untuk menonton filem ini nanti. Filem ini dilakonkan oleh Peter Ho何潤東, Mengjie Jiang蔣夢婕, Yiyan Jiang江一燕 dan ramai lagi la.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer SWORD MASTER yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengajak anda meniti detik cemas yang mendebarkan pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem SWORD MASTER

Hong Kong cinema giants Derek Yee and Tsui Hark join forces in this 3D martial arts epic, about an elite swordsman who is haunted by his skill, and a challenger who aims to take his place at all costs.

Peraduan Tayangan Premiere Filem SWORD MASTER

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 100 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
30 November 2016 (Rabu)

Ticket Collection:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas Sunway Pyramid

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SWORD MASTER – Budiey.com di TGV Cinemas Sunway Pyramid. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SwordMaster

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #SwordMaster kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon yang membintangi filem SWORD MASTER

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere SWORD MASTER – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere SWORD MASTER

Tarikh tutup peraduan:

29 November 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 1 Disember 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakonkan Babak Aksi

Ada Sebab Zarul Elak Dedah Foto Anak & Isteri di Sosial Media