in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SING

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey bulan Disember 2016 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem animasi yang sangat menarik iaitu SING. Jika anda pengemar filem animasi muzikal yang menampilkan karakter haiwan menyanyikan lagu-lagu hits ini, filem ini khas untuk anda! Jadi, tunggu apa lagi?

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem arahan Garth Jennings dan  Christophe Lourdelet ini, SING di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

SING_Tsr1Sht

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer SING yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok filem animasi mengujakan lakonan Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane dan ramai lagi ini.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 8 Disember 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem komedi muzikal, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem SING

A koala named Buster Moon has one final chance to restore his theater to its former glory by producing the world’s greatest singing competition.

Peraduan Tayangan Premiere SING

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 137 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

6 Disember 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV 1 UTAMA

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SING – Budiey.com di TGV 1 UTAMA. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SingMy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #SingMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon filem SING

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere SING – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere SING – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

5 Disember 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mengkagumkan ini mulai 8 Disember 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

SING_CHARACTER_Johnny_OV_E

SING_CHARACTER_Mike_OV_E

SING_CHARACTER_Rosita_OV_E

SING_CHARACTER_BUSTER_OV_E

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Altimet Muncul Dengan Muzik Video Terbaru SERU

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem OFFICE CHRISTMAS PARTY