in , ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem MONEY MONSTER

[dropcap]H[/dropcap] ello semua pembaca Budiey.com, sedar tak sedar kita dah pun berada di pertengahan tahun 2016. Cepat betul kan masa berlalu. Sempena dengan kedatangan musim panas ini banyak sekali filem hebat akan berada di pawagam. Termasuklah sebuah filem hebat yang dibintangi oleh pelakon ternama berjudul MONEY MONSTER.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem MONEY MONSTER yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 30 Mei 2016.

Kepada yang nak tonton filem lakonan George Clooney, Julia Roberts dan Jack O’Connell ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 2 Jun 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Premiere With Budiey - MONEY MONSTER

Sinopsis MONEY MONSTER

Filem ini mengisahkan tentang seorang pengacara di sebuah stesen TV bernama Lee Gates yang menawarkan sebuah bisnis saham di salah satu program TV yang bertajuk Money Monster yang dihoskannya. 

Nak dijadikan cerita, salah seorang daripada penonton program MONEY MONSTER mengalami kerugian besar kerana Lee Gates. Lee kemudian diancam dan diugut bunuh secara tiba tiba semasa bersiaran langsung. Penonton yang psiko yang mengalami kerugian mengancam untuk membunuh Lee, jika harga sahamnya tidak naik sebelum waktu yang telah ditentukan jika tak, mungkin nyawa Lee melayang. 

Menarik kan?

Premiere With Budiey - MONEY MONSTER

Peraduan Premiere With Budiey – Filem MONEY MONSTER

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

30 Mei 2016

Masa Pendaftaran:

7.00 malam

Tayangan Filem:

8.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MONEY MONSTER – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MoneyMonster

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Siapakah pelakon utama filem MONEY MONSTER. Namakan dua orang sahaja.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem MONEY MONSTER kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)




Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem MONEY MONSTER

Tarikh tutup peraduan:

1 Jun 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 2 Jun 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Money Monster

Money Monster

Money Monster

Money Monster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berlangsung Malam Ini Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2016

Apa Ada Pada Video Filem Pendek ‘Marriage Market’?