in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem ONLY THE BRAVE

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere ONLY THE BRAVE – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas?

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi cemas yang penuh dengan adegan tragis dan suspen ni.

https://youtu.be/Utd990NPaUM

[pullquote align=”right”]Budiey ada 80 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.[/pullquote]

Budiey nak ajak korang tonton sebuah filem biografi drama yang diadaptasi dari sebuah kisah benar-benar berlaku berjudul ONLY THE BRAVE lakonan pelakon handalan seperti Josh Brolin, Miles Teller, Taylor Kitsch, Jennifer Connelly, Jeff Bridges, James Badge Dale, Andie MacDowell, Scott Haze, Ben Hardy, Alex Russell, Geoff Stults. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem bernama Joseph Kosinski bersama seorang penulis skrip iaitu Ken Nolan. Tidak ramai dari kita yang tahu kisah sebenar di sebalik kejadian di Granite Mountain, Prescott, Arizona. Pasti ramai yang ramai nak tengok filem aksi macam ni, kan?

Filem ini akan berada di pawagam mulai 2 November 2017.

Nak tahu best ke tidak aksi filem ni, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.

Filem ONLY THE BRAVE

Sinopsis Filem ONLY THE BRAVE

Mengisahkan tentang kisah sekumpulan penyelamat dan pemadam api yang mempunyai misi memadamkan kebakaran dan berusaha keras bagi memadamkan tragedi kebakaran terbesar yang terjadi pada bulan Jun 2013. Saksikan bagaimana mereka harus mengambil risiko besar agar dapat menyelamatkan kota dan menghentikan kebakaran tersebut. 

Peraduan Tayangan Premiere ONLY THE BRAVE

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 80 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

25 Oktober 2017

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ONLY THE BRAVE – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #OnlyTheBraveMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #OnlyTheBraveMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon filem ONLY THE BRAVE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere ONLY THE BRAVE – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere ONLY THE BRAVE – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
24 Oktober 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 2 November 2017.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

2257471 - ONLY THE BRAVE

2257471 - ONLY THE BRAVE

2257471 - ONLY THE BRAVE

Filem ONLY THE BRAVE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sia Bakal Lancar Single EVERYDAY IS CHRISTMAS 

Mona Akui Pernah Kahwin, Ada Kekasih Tapi Kenapa Masih Layan Lelaki Lain?