in ,

Peraduan Menangi Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 28

Salam mesra dari AJL28 buat semua pembaca Sensasi Selebriti,

Demam Anugerah Juara Lagu ke-28 kini kembali menyengat. Budiey juga turut ‘tersengat’ dengan bahang AJL28 kali ini. Anda pulak macamana? Bahang Anugerah Juara Lagu ke-28 semakin Budiey rasai dengan acara Jelajah AJL28 yang akan diadakan pada 12 Januari 2013 di Busana @ Menara Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Budiey akan turut berada di sana untuk buat liputan dan #LiveUpdate di Instagram & Twitter. Korang follow okay! Budiey masih ingat, kenangan tahun lepas, semasa Siri Jelajah Anugerah Juara Lagu Ke-27 di Melaka, ramai artis yang turun dan acara gimik xpun sangat best dan happening sebab ramai orang Melaka dan Johor turut sama datang tengok show.

ajl28

[pullquote align=”right”]Anugerah Juara Lagu 28 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 hingga 11.30 malam pada 26 Januari 2014.[/pullquote]

Saksikan persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo seperti Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Alyah (Kau Yang Terindah), Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Black (Takkan Terpisah), Hafiz (Bahagiamu Deritaku), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara), Hyper Act (Hanya Aku), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Salammusik (Aku Pelat), dan Stacy (Bosan).

Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) memperkenalkan ‘Game On’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini. Arus pembangunan industri muzik tanah air sentiasa membuka ruang kepada penggiat muzik yang sentiasa berani menyahut cabaran dan menggalakkan eksperimen baharu dalam membentuk seni muzik yang lebih inovatif.

Sebenarnya, apabila terpanggil untuk buat liputan di Siri Jelajah Anugerah Juara Lagu Ke-28 di Menara Mara pada 12 Januari ni, semakin berkobar-kobar pulak nak tahu siapalah agaknya yang akan menang besar di AJL28 ni. Korang agak-agak la kan, siapa yang akan menang ek?

ajl28

[pullquote align=”right”]Roadshow Anugerah Juara Lagu 28 akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis popular seperti Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Awi Rafael & Altimet, Alyah, Hazama, Azlan & The Typewriter.[/pullquote]

Kepada pembaca budiey.com yang ada sekitar Kuala Lumpur, boleh datang beramai-ramai untuk beramah mesra dan memberi sokongan kepada finalis di Siri Jelajah AJL28 akan diadakan nanti. Bukan sahaja anda berpeluang jumpa selebriti dan tengok diorang buat persembahan, malah mana tahu, anda akan dapat menang tiket AJL28 kat sana. Mana tahu kan?

Walaupun AJL28 akan berlangsung 2 minggu lagi, Budiey percaya, minggu ini anda semua sibuk mencari-cari tiket untuk menonton secara live Anugerah Juara Lagu Ke-28. Budiey sudah pun berusaha sedaya upaya untuk memberikan tiket AJL utk pembaca budiman sekalian.

ajl28

Kepada semua #Budieyators, Budiey akan memberikan 4 keping tiket VIP dan 20 keping tiket biasa bagi menonton AJL28.

[dropcap]K[/dropcap]ira-kira 2 minggu sahaja lagi kita bakal mengetahui lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu. Korang rasa lagu mana eh? Budiey ramalkan lagu yang akan dinobatkan sebagai juara pada tahun ini ialah… lagu Hafiz (Bahagiamu Deritaku) kalau tak pun, Hyper Act (Hanya Aku) akan menang. Ini hanya ramalan bagi orang yang buta muzik dan hanya pendapat dari seorang blogger picisan seperti Budiey je.

Budiey baca kat Facebook TV3, dengarnya semua finalis dah pun membentangkan gimik dan corak persembahan mereka kepada produksi TV3. Haa, macam-macam idea dan konsep diketengahkan. Semuanya gempak-gempak.

Siapakah artis, komposer dan penulis lirik yang bakal meraih kejuaraan di dalam medan pertarungan tahun ini? Siapakah pula artis yang bakal mendapat tempat dalam persembahan dan vokal terbaik? Sama-sama kita nantikan ya!

Peraduan Menangi Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 28

ajl28

[dropcap]B[/dropcap]udiey membuka peluang kepada pembaca dengan memberikan 4 keping tiket VIP dan 20 keping tiket Anugerah Juara Lagu 28 kepada pembaca yang menyertai peraduan ini. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket AJL28.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Anugerah Juara Lagu 28 di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @tv3malaysia

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #AJL28. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #AJL28 bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #ajl28. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Selain kena Tweet, jangan lupa untuk hantar slogan paling KREATIF anda itu kepada emel Budiey

Slogan: Saya mahu ke Anugerah Juara Lagu Ke-28 bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Soalan 1:

1. Apakah konsep Anugerah Juara Lagu 28?

Soalan 2:
2. Sebutkan 5 finalis Anugerah Juara Lagu 28

Soalan 3:
3. Sebutkan lokasi Siri Jelajah Anugerah Juara Lagu 28?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu 28 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Anugerah Juara Lagu 28

Tarikh tutup peraduan:
Jam 5 petang 20 Januari 2013

12 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut.

Nantikan gambar selebriti di karpet merah AJL28 di blog ini dan kemaskini terkini di Twitter @budiey & Instagram Budiey. Jom follow me ya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu ke-28 secara live kerana persembahan sensasi selebriti terlibat pastinya akan menggegarkan tema Game On yg ditonjolkan TV3.

  2. Saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu 28 secara live kerana AJL28 adalah SAHABAT… KAU YG TERINDAH walaupun AKU PELAT dan BOSAN… Aku hanyalah seorg PENGLIPUR LARA, dan KALAU AKU KAYA, usahlah menjadi TANDA TANYA.. Kerana HANYA AKU memperjuangkan BAHAGIAMU DERITAKU … IKUTLAH RENTAKKU dan kita TAKKAN TERPISAH kerna IM IN LOVE WITH YOU.

  3. Saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu 28 secara live kerana the GAME will not start withOUT me!Game on menggambarkan how i would fight for my VIP tickets to be there.Untuk memastikan ajl kali ini lebih HAVOC,pick me as i would turn on the game until it is plugged off when the winners are announced!

  4. Saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu 28 secara live kerana Abang Budiey sahaja bakal merealisasikan impian saya untuk hadir ke AJL 28 dan menjadi saksi pada malam bertemakan “Game On” .

  5. Saya mahu ke Anugerah Juara Lagu ke-28 bersama budiey kerana saya menyokong industri muzik Malaysia yang semakin sengit dan kreatif dgn pelbagai genre muzik bak kata Alyah kau yang terindah walau bahagiamu deritaku tetap in love with you kalau aku kaya kita takkan terpisah walau aku pelat bosan bukanlah penglipurlara hanyalah tanda tanya.

  6. Saya mahu ke #AJL28 bersama @budiey kerana ingin mengeksplorasi pentas keramat terunggul hasil cetusan muzik tanpa sempadan dalam konfrontasi terakhir penuh inspirasi berpaksikan “Game On”.

  7. Saya mahu ke #AJL28 brsama @Budiey krn ingin mrasakan kehangatan AJL28 dan untuk mmberi sokongan kpd para finalis dan juga @tv3malaysia

  8. Saya mahu ke #AJL28 bersama @budiey kerana tidak mahu ketinggalan walau setahun pun tanpa tengok LIVE apa yang disajikan oleh team #AJL28. Mereka buat Game, saya pun nak GAME ON bersama la! Dapat tengok sebagai akses VIP mesti lagi teruja!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar #PartyBudiey Ke-7 Dari Lensa Taqiyuddin Arifin

Samsung Expands GALAXY Note 3 Line with New Colour Accents