in , ,

Peraduan Menangi Tiket Menonton Filem FLY ME TO THE MOON

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menonton filem ini di malam premiere, gais!

Filem FLY ME TO THE MOON berlatarbelakangkan tahun 1960-an ketika perlumbaan angkasa lepas antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sedang memuncak. Tepatnya tahun 1969, ketika misi pendaratan bulan Apollo 11 giat dilaksanakan.

Filem ini mengambil latar era 60-an yang memberikan penonton pandangan yang nostalgik tentang era pendaratan bulan dan segala dinamika sosial serta budaya ketika itu. 

FMM_INTL_1SHT_MTGLeft

Ini adalah kali pertama Scarlett Johansson dan Channing Tatum bekerjasama dalam sebuah filem, menambahkan elemen eksklusif dan menarik bagi penonton.

Filem ini juga mengambil sudut pandang pada teori konspirasi tentang pendaratan bulan. Pengarah filem ini, Greg Berlanti, mengungkapkan bahawa inspirasi di sebalik cerita ini adalah untuk membuat filem yang besar, menyeronokkan, dan cerdas tentang kemungkinan kerajaan Amerika memalsukan pendaratan bulan Apollo 11.

Filem ini juga meneroka tema-tema penting seperti integriti, kepercayaan, dan bagaimana tekanan luaran dapat mempengaruhi hubungan peribadi kita dengan orang lain.

Dengan jalan cerita yang menarik dan dialog yang cerdas, penonton akan dibawa dalam perjalanan emosi yang tidak akan terlupakan. Gabungan antara komedi dan drama romantis juga menjadikan Fly Me to the Moon sebuah tontonan yang menyeronokkan dan penuh emosi.

Dengan cerita yang unik dan barisan pelakon yang hebat, filem ini dijamin bakal menjadi salah satu romcom kegemaran anda pada tahun 2024. 

Jangan lupa ajak kawan atau pasangan anda untuk menonton bersama di pawagam terdekat dengan anda. 

Filem FLY ME TO THE MOON ini akan ditayangkan pada 11 Julai 2024. 

Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini di pawagam berhampiran dengan anda seluruh Malaysia!

Peraduan Menangi Tiket Premiere Filem FLY ME TO THE MOON

Sinopsis Filem FLY ME TO THE MOON

Secara ringkas, filem ini menceritakan tentang Kelly Jones (dilakonkan oleh Scarlett Johansson), seorang ahli pemasaran, ditugaskan untuk memperbaiki imej awam NASA. Bersama Cole Davis (dilakonkan oleh Channing Tatum), pengarah pelancaran yang tampan dan suka berlawak, mereka harus menghadapi pelbagai cabaran dalam mempersiapkan misi pendaratan di bulan yang sangat penting.

Apabila White House menganggap misi ini terlalu berisiko untuk gagal, Kelly diminta untuk menyiapkan pendaratan palsu di bulan sebagai plan B atau rancangan sandaran. Seiring berjalannya waktu, Kelly dan Cole mula mengembangkan hubungan romantis di tengah pelbagai kekacauan yang mereka hadapi.

Dibintangi oleh bintang filem terkenal seperti Scarlett Johansson sebagai Kelly Jones, Channing Tatum sebagai Cole Davis, Nick Dillenburg, Anna Garcia, Jim Rash as Lance Vespertine, Noah Robbins, Colin Woodell dan Christian Zuber.

Peraduan Tayangan Premiere Filem FLY ME TO THE MOON

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Info Tayangan Premiere Filem FLY ME TO THE MOON:

Tarikh: 9 Julai 2024, Selasa

Masa: 8:30pm

Lokasi: GSC The Starling Mall

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem FLY ME TO THE MOON

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem FLY ME TO THE MOON di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf) #FlyMeToTheMoonMY

FMM_INTL_30Sht_Hangar-Dr_03

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem FLY ME TO THE MOON – Budiey Channel

Tarikh tutup peraduan:

8 Julai 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KPSK Sahut Seruan Malaysia Madani, Anjur Program Jalan Ke Jannah

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa Filem TWISTERS