in

Peraduan Menangi Tiket Pementasan Geng Lawak di PICC

Menjelang sambutan tahun baru 2014, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ingin memberikan sentuhan baru yang lebih mesra dengan menganjurkan Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC pada 31 Disember 2013. Ini merupakan julung kali acara sebegini diadakan di PICC.

Jom Ramai-Ramai Sambut Tahun Baru 2014 Di Picc, Ada Persembahan Geng Lawak Pd 31 Dis Jam 8Mlm Di Plenary Hall Picc. Mesti Tak Kering Gusi Dgn Lawak Spontan Dari Kumpulan Jambu, Osama, Syj, Kuah Jenhan &Amp; Sabri Yunus Selaku Hos. Tiket Boleh Dibeli Di Www.ti

[pullquote align=”right”]Bermula seawal jam 10.00 pagi, Bazar @PICC akan berlangsung di foyer aras Concourse dan akan berlanjutan sehingga jam 12.00 tengah malam. Bazar ini akan diadakan selama dua hari bermula dari 31hb Disember 2013 sehingga 1hb Januari 2014.[/pullquote]

Walau bagaimanapun pada malam tahun baru akan diceriakan dengan pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan terbuka dan percuma dari kumpulan ‘Buskers & Clown’.

Pada sebelah malamnya, acara kemuncak akan berlangsung di Dewan Plenary bermula jam 9.00 malam. Pementasan Geng Lawak @PICC akan menggegarkan pentas Plenary dengan barisan pelawak individu dan kumpulan yang terdiri dari kumpulan JAMBU (Tauke dan Yus), OSAMA (Os dan Isma), SYJ (Shuk, Yassin dan Jihan), pelawak terkenal Kuah Jenhan serta Sabri Yunus sebagai pengacara yang bakal menghibur dan menggegarkan suasana. Kemunculan kumpulan muzik KL STREET DRUMMERS pada awal dan akhir pementasan akan menjanjikan kelainan dalam persembahan ini.

Usai pementasan Geng Lawak @PICC sekitar jam 11.00 malam, akan disambung dengan sesi ramah mesra penonton dengan barisan artis Geng Lawak @PICC bertempat di ‘Viewing Deck’ pada Aras 2, sementara menunggu acara ‘Countdown’ tahun baru 2014 iaitu ‘New Year Eve Cocktail Countdown’ @PICC yang akan berlangsung di ‘Viewing Deck’ Aras 1.

Penganjuran Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC ini adalah sebagai langkah pertama untuk menjadikan PICC salah sebuah lokasi utama acara hiburan, seperti pementasan teater, ‘talk show’, serta konsert artis tempatan mahupun antarabangsa.

Tiket-tiket untuk menonton pementasan Geng Lawak @ PICC akan mula dijual pada 20 Disember 2013 di PICC dan juga di www.ticket2u.biz. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 603-88876000 atau sila layari www.picc.com.my

Geng Lawak

Peraduan Menangi Tiket Pementasan Geng Lawak di PICC

[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket Pementasan Geng Lawak di PICC dari Budiey.com. Okay, jangan risau, sebagai Blog Rasmi Geng Lawak di PICC ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kepada para pelawak terkenal yang akan perform nanti untuk berhibur dengan lawak jenaka yang pasti melucukan seperti kumpulan JAMBU (Tauke dan Yus), OSAMA (Os dan Isma), SYJ (Shuk, Yassin dan Jihan), pelawak terkenal Kuah Jenhan serta Sabri Yunus sebagai pengacara pada 31 Disember 2013 nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Budiey ada 50 tiket untuk diberikan kepada 25 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Geng Lawak di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey Dot Com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter: @Budiey & @piccmalaysia & Instagram: Budiey & hashtag #GengLawak

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey @piccmalaysia

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #GengLawak Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #GengLawak bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #GengLawak Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #GengLawak bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawap soalan di bawah ini:

Soalan 1:

1. Namakan pelawak yang akan menjadi pengacara Geng Lawak di PICC?

2. Dimanakah berlangsungnya Geng Lawak & berikan 3 nama pelawak yang terlibat.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Saya mahu menonton Persembahan Geng Lawak di PICC kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Pementasan Geng Lawak di PICC

Tarikh tutup peraduan:

30 Disember 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada PICC Putrajaya kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Geng Lawak Jambu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Geng Lawak Bakal Meriahkan Sambutan Tahun Baru di PICC

Majlis Pelancaran Program Istana Budaya Tahun 2014