in

Peraduan Tiket Menonton Konsert Ed Sheeran Live in Malaysia

Para peminat Ed Sheeran kini boleh menyanyi dan menari sepuas hati mereka untuk peluang menyaksikan penyanyi-penulis lagu British tersebut membuat persembahan di konsert pertamanya di Malaysia dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ED Everywhere! Hotlink.

Sebagai penganjur konsert, yang akan berlangsung pada 16 Mac 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Hotlink akan memberikan tiket konsert, pas meet & greet, pas lawatan belakang pentas (backstage tour) dan barangan eksklusif kepada pemenang peraduan ini, yang sedang berlangsung sehingga 8 Mac 2015. Peraduan ini terbuka kepada para pelanggan Hotlink.

Ed-Sheeran

[pullquote]Pelanggan Hotlink boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ED Everywhere! untuk peluang menyaksikan Ed Sheeran di konsert pertamanya di Malaysia. Pelanggan perlu rakam video diri mereka menyanyi atau menari kepada lagu Ed Sheeran dan siarkannya di akaun YouTube, Facebook, Instagram atau Twitter mereka.

Tiket konsert, pas ‘meet & greet’, pas lawatan belakang pentas dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Hotlink RED App dengan secara automatik memberikan pelanggan akses kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun dan pengalaman yang unik.[/pullquote]

Peraduan ED Everywhere! telah diilhamkan oleh video yang telah menjadi viral, di mana seorang peminat berpakaian seperti ‘Spiderman’ menari ke lagu Ed Sheeran ‘Don’t’ sambil ‘merayu’ untuk tiket ke konsert tersebut. Video itu, yang telah disiarkan oleh Louis Megami di laman Facebook beliau pada 9 Februari, telah mencecah lebih 400,000 tontonan daripada beberapa halaman. Rakan-rakan dan orang awam yang telah menyaksikan video ‘Spidey’ sedang menari di LRT, telah bersama-sama memberi sokongan kepada Louis untuk medapatkan tiket konsert. Hotlink telah menonton video Louis dan menghadiahkannya dengan dua tiket untuk usaha beliau. Korang boleh tonton video kat atas ni.

Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis berkata,

“Sejak tahun lalu, Hotlink telah menawarkan pelanggan yang terbaik dari segi muzik dan hiburan. Ed Sheeran, seorang penyanyi-penulis lagu yang juga merupakan calon anugerah Grammy, adalah inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia kerana mempunyai bakat penulisan lagu dan persembahan yang unik. Kami amat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada konsertnya di Kuala Lumpur. Para pelanggan kami boleh mengharapkan pelbagai lagi pengalaman muzik yang menarik dengan kami serta ganjaran eksklusif yang boleh diakses di telefon pintar mereka melalui Hotlink RED App.”

Berikut adalah cara pelanggan boleh mengambil bahagian didalam Peraduan ED Everywhere!:

1. Jika mereka tidak mempunyai Hotlink RED App, muat turun aplikasi tersebut ke peranti mudah alih Android atau Apple mereka di www.hotlink.com.my/r

2. Rakam video diri mereka menyanyi atau menari kepada lagu Ed Sheeran di khalayak ramai dan siarkannya di YouTube, Twitter, Instagram atau Facebook bersertakan hashtag #EdEverywhere #hotlink #alwayson

3. Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Pelanggan harus memastikan tetapan privasi mereka ditetapkan ke ‘public’ untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan

4. Dalam Hotlink RED App, apabila telah mengesahkan nombor anda, pergi ke bahagian ‘FEEDBACK’ di atas, dan klik ‘LIVELIFELOUD’

5. Di bawah “Message”, taipkan Ed Sheeran, diikuti dengan pautan (link) kepada video

6. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan.

Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi sepanjang peraduan ini termasuk:

• HADIAH UTAMA (3 pemenang) – Setiap pemenang akan menerima satu pas meet & greet untuk 1 orang + tiket konsert untuk 2 orang

• HADIAH TEMPAT PERTAMA (5 pemenang) – Setiap pemenang akan menerima pas lawatan belakang pentas untuk 1 orang + tiket konsert untuk 2 orang

• HADIAH TEMPAT KEDUA (39 pemenang) – Setiap pemenang akan menerima tiket konsert untuk 2 orang

• HADIAH SAGUHATI (20 pemenang) – Setiap pemenang akan menerima barangan eksklusif Ed Sheeran

Selain daripada Peraduan ED Everywhere!, Hotlink juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti lain yang menarik sempena konsert Ed yang akan datang. Ini termasuk kerjasama dengan pelbagai kafe di seluruh negara dimana peminat boleh merakam penyertaan mereka bagi peraduan tersebut dan juga berpeluang untuk memenangi sebuah gitar eksklusif yang ditandatangani oleh Ed sendiri. Kuiz juga akan diadakan melalui RED App untuk peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif, semuanya yang sedang berlangsung sekarang.

Pelanggan boleh memuat turun Hotlink RED App di Google Play bagi pengguna Android atau App Store bagi pengguna iOS.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan ED Everywhere!, sila layari www.hotlink.com.my

Ed Sheeran Konsert Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bongkak Elizad Sharifuddin Buat Ungku Ismail Menyampah?

Rooftop Live Jazz Avenue K Yang Romantik & Happening