in ,

Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem GIRLFRIEND KONTRAK

Nah! Ini adalah hadiah Budiey kepada pembaca setia blog ini! 

[dropcap]A[/dropcap]nda pengikut setia filem bermutu dari Grand Brilliance? Adakah anda teruja menantikan filem paling romantik tahun ini GIRLFRIEND KONTRAK berada di pawagam? Anda mahu menghadiri Majlis Gala Filem GIRLFRIEND KONTRAK bersama para pelakon utama Keith Foo dan pendatang baru yang semakin dikenali ramai, Risteena Munim dan ramai lagi?

Ya, ini sahaja peluang anda untuk menjadi penonton pertama yang menonton filem romantik ini! Sebagai pemerhati perkembangan filem, Budiey juga seperti korang semua, turut merasa teruja untuk jadi penonton pertama dan tak sabar nak menantikan respon orang ramai khususnya anda semua yang suka lepak di laman sosial.

Filem ini juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Azad Jazmin, Bront Palarae, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin serta penampilan istimewa, buat pertama kali di layar perak, pengacara dan DJ paling popular tanahair, Fara Fauzana.

Filem GIRLFRIEND KONTRAK bakal memukau di pawagam mulai 24 September 2015 ini.

GIRLFRIEND KONTRAK

Sinopsis Filem GIRLFRIEND KONTRAK

Filem Girlfriend Kontrak adalah sebuah lagi projek istimewa terbitan Grand Brilliance sebaris dengan terbitan yang terdahulu seperti Istanbul Aku Datang, Gila Baby dan banyak lagi.

Filem Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya.

Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar. Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Ikuti kisah Alisa dan Umar dalam filem Girlfriend Kontrak pada 24 September 2015.

Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem GIRLFRIEND KONTRAK

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Primeworks Studios Sdn Bhd ingin menghadiahkan 20 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di Malam Gala ini:

Tarikh: 22 September 2015 (Hari Selasa)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara

Sebanyak 20 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan hanya mencipta slogan dengan gaya yang paling kreatif. Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Malam Gala Filem Hantu GIRLFRIEND KONTRAK bersama selebriti jemputan.

Ingat hashtag ini: #GirlfriendKontrak

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Gala Filem GIRLFRIEND KONTRAK ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #GirlfriendKontrak. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu menonton #GirlfriendKontrak sbb…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu menonton #GirlfriendKontrak kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan slogan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem GIRLFRIEND KONTRAK – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
21 September 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Grand Brilliance dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 24 September 2015.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

GIRLFRIEND KONTRAK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan MTV EMA 2015

Review of Les Villas Ottalia, Gili Trawangan