in , ,

Peraduan Menangi Dua Tiket Ke Konsert Dream Festival Nidji & Budi Doremi

Kepada Anda Yang Berminat, Jom Sertai Peraduan Menangi Dua Pas Jemputan Ke Konsert Dream Festival Nidji & Budi Doremi Pada 19 Mac ini di Zepp Kuala Lumpur. Budiey ada 5 pasang tiket Untuk Dihadiahkan!

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti, sebuah kemunculan semula selepas lama tidak menjejak kota Kuala Lumpur beserta dengan pengalaman pertama buat penyanyi Indonesia, kumpulan Nidji dan penyanyi solo, Budi Doremi bakal menggegarkan ibu kota menerusi konsert Dream Collaboration pada 19 Mac ini di Zepp Kuala Lumpur. Jom sertai peraduan ini untuk memenangi dua pass masuk ke konsert ini sekaligus anda layak menerima kad keahlian FANSCLUB!

Nidji & Budi Doremi di Satu Pentas, Aisha Retno Artis Undangan

Konsert yang dianjurkan oleh Inspire itu merupakan kolaborasi pertama antara Nidji dan Budi di atas satu pentas dan ini bagi mengubat kerinduan para peminat di Kuala Lumpur yang sudah lama menantikan mereka. 

Lebih menarik lagi, Aishah Retno yang meningkat naik selepas program Big Stage diajak berkongsi pentas bersama mereka pada 19 Mac ini kelak. 

Nidji & Budi Doremi di Satu Pentas, Aisha Retno Artis Undangan

Harga tiket bermula daripada serendah RM136 sehingga RM4,694 (Royal Box / 8pax). Penganjur turut menyediakan ‘couple tickets’ berharga RM110 untuk pasangan. 

Konsert ini akan bakal berlangsung pada 19 Mac 2023 di Zepp Kuala Lumpur. Pembelian tiket dapat diakses melalui aplikasi dan laman web https://www.ticket2u.com.my. 

Kepada Anda Yang Berminat, Jom Sertai Peraduan Menangi Dua Pas Jemputan Ke Konsert Dream Festival Nidji & Budi Doremi Pada 19 Mac ini di Zepp Kuala Lumpur. Budiey ada 5 pasang tiket Untuk Dihadiahkan!  Pemenang sekaligus akan jadi FANSCLUB!

Peraduan Menangi Dua Tiket Ke Konsert Dream Festival Nidji & Budi Doremi

Kepada pembaca yang nak menonton Konsert Dream Festival Nidji & Budi Doremi, Budiey mahu mencari 5 orang pembaca untuk hadir menonton konsert ini pada 19 Mac 2023 jam 8.30 malam. 

Setiap pemenang akan diberikan 2 tiket percuma untuk menonton konsert ini dan juga keahlian FANSCLUB!

Saya mahu menonton Konsert Dream Festival Nidji & Budi Doremi kerana….(tidak lebih dari 100 perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Konsert Dream Festival Nidji & Budi Doremi 

Tarikh tutup peraduan:
18 Mac 2023

5 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih Inspire.IDN atas penajaan tiket jemputan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas ‘Dibuang’ Syamsul, Aaron Aziz Dapat Offer Berlakon Filem Yusof Haslam

D’MASIV

Konsert D’Masiv 20AD To The World – Live In Kuala Lumpur di Zepp KL