in ,

Peraduan Menangi CD Album Afgan L1VE TO LOVE

Hei siapa tidak kenal dengan Afgan. Suara dia best, lunak. Patutlah lagu sedap dan Budiey kira ramai peminat dari Malaysia.

afgan

Baru-baru ini, semasa Budiey hadir di Konsert Mega Bintang, Budiey dapat rasakan sendiri kehebatan vokal dan showmanship Afgan.

Kepada pembaca yang belum kenali beliau, Afgansyah Reza merupakan penyanyi solo lelaki yang pada ketika ini telah mendapat nama di dalam dunia muzik Indonesia kerana mempunyai personaliti yang romantik.

Setelah melalui proses produksi selama hampir 2 tahun, akhirnya album ketiga Afgan di lancarkan yang bertajuk L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE.

Berbekalkan single hits beliau yang bertajuk Pesan Cinta, album ini mencatat beberapa sejarah bagi Afgan kerana lagu Pesan Cinta adalah lagu hasil ciptaan Afgan sendiri. Lagu Pesan Cinta ialah mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati “pandang pertama” pada seorang gadis.

Sejak kali pertama bertemu, lelaki ini berusaha mencari jalan atau idea untuk bertemu dengan gadis tersebut sekali gus memikat gadis tersebut.

Lagu yang dicipta Afgan ini memuatkan elemen-elemen comel, simple dan fun pop song.

Afgan juga turut bekerjasama dengan Inu Numata dan Nino RAN dengan menggandeng Tohpati sebagai music directornya.

AFGAN COVER

Single kedua dari album ini adalah lagu Jodoh Pasti Bertemu. Lagu ini sangat “straight to the point” dan pada dasarnya semua orang pasti pernah mengalaminya. Jatuh Cinta kemudian menjalinkan hubungan dan berharap dia adalah teman hingga akhir hayat tetapi malangnya hubungan itu terkandas.

Lagu hasil ciptaan Bembi Noor khas untuk Afgan kerana menurut Bembi Noor vocal Afgan sangat bersesuaian dengan lagu inil. Afgan juga meminta pendapat dari Afganisme ( peminat setia Afgan ) untuk menentukan lagu mana yang akan di jadikan sebagai single kedua.

Kebetulan banyak review dan pendapat yang diterima mengatakan lagu Jodoh Pasti Bertemu sesuai untuk di jadikan single kedua.

Album ini adalah sangat istimewa untuk Afgansyah Reza, jadi Afgan sendiri akan memperkenalkan mengenai album ini kepada semua :

Tajuk album ketiga saya ini ialah “L1VE TO LOVE , LOVE TO L1VE”… Saya meletakkan “signature” angka satu kerana “satu” ada pada album pertama dan kedua saya dan pada album-album saya yang seterusnya saya tetap akan mengekalkan angka “satu” sebagai simbolik saya. – Afgansyah Reza

Di dalam album L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE ini juga, Afgan cuba untuk bermain dengan beberapa genre muzik lain dan jauh berbeza dengan genre muzik yang pernah di bawa Afgan selama ini.

Contohnya untuk lagu Without You yang di cipta Afgan bersama Inu Numata, beat-beat lagu ini dicipta oleh DJ Sumantri dan ianya sesuai kepada yang gemar menari. Selain itu juga terdapat sebuah lagu hasil kolaborasi Afgan bersama Sherina yang bertajuk Demi Kamu dan Aku.

Lagu Demi Kamu dan Aku ini amat berbeza kerana muziknya adalah campuran akustik biola dan strings. Kita juga dapat mendengarkan kehebatan suara Afgan & Sherina

Tidak ketinggalan, 6 lagu yang lain juga mempunyai keistimewaannya. Sebagai tanda terima kasih dan sayang Afgan pada Afganisme, di dalam album ini, Afgan juga turut memasukkan 1 lagu bertajuk Untukmu Aku Bertahan.

Lagu ini Afgan tujukan kepada Afganisme yang selama ini telah menyokong kerjaya Afgan. Lagu Katakan Tidak yang merupakan track pertama didalam album ini, muziknya mid-up dengan lirik yang menyeru supaya tidak “selingkuh” atau menjadi setia. Dan lagu mellow yang berjudul Cinta Tanpa Syarat mampu meninggalkan kesan yang mendalam.

Liriknya yang begitu romantis boleh membuatkan sesiapa yang mendengarnya pasti suka.

Lagu Jauh bermain dengan muzik yang “fresh dan young”. Lagu ini menceritakan tentang cinta yang terpendam di antara 2 orang. Di dalam lagu ini, kita boleh mendengarkan kemampuan Afgan meliuk-liukkan vokalnya.

Lagu Tanpa Bahasa pula adalah sebuah lagu yang sesuai ditujukan kepada bekas kekasih. Menceritakan tentang kejujuran perasaan kita terhadap bekas kekasih kita.

Album L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE merupakan album pertama Afgan di bawah naungan Trinity Optima Production di Indonesia dan di bawah naungan Suria Records Sdn Bhd di Malaysia.

Afgan seorang penyanyi yang mempunyai suara yang lunak dan istimewa, ternyata juga Afgan mempunyai kebolehan untuk mencipta lirik untuk lagunya sendiri. Bekerjasama dengan KFC ( Kentucky Fried Chicken ) sebagai exclusive partner dalam pengedaran dan penjualan,. Album L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE dari AFGAN mengharapkan sokongan dari semua masyarakat sacara meluas dan menyeluruh terutama dari semua pihak media.

Dengar dan tonton lagu Pesan Cinta, klik sini: Video Klip Pesan Cinta

Buat peminat Afgan, Suria Records Sdn Bhd ingin menawarkan hadiah menarik berupa CD album terbaru Afgan berjudul  L1VE TO LOVE yang ditandatangani sendiri oleh Afgan untuk pembaca Budiey Dot Com!

Terima kasih Suria Records Sdn Bhd

logo SRC

5 X CD album terbaru Afgan berjudul  L1VE TO LOVE yang ditandatangani sendiri oleh Afgan

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Apa yang terjadi pada kekasih Afgan di akhir video klip Jodoh Pasti Bertemu?

Soalan 2:
Apakah yang ditulis oleh Afgan di kad warna merah jambu dalam muzik video Pesan Cinta.

Slogan: Saya menggemari album terbaru Afgan kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
20 Ogos 2013

Tajuk Email: Peraduan Menangi CD Album Afgan L1VE TO LOVE

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada Suria Records dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Like FB Page Suria Records : www.facebook.com/SuriaRecords
SUBSCRIBE Youtube Suria Records SRC : www.youtube.com/user/SuriaRecordsSRC

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Betul Ke Iqram Dinzly Makan Hati Fouziah Gous Bertunang?

Time To Reload & Win a Watch Beri Kejutan