in

Peraduan Menangi Album Katy Perry Teenage Dreams

Dalam ramai-ramai penyanyi antarabangsa, Budiey sekarang ni tengah layan lagu-lagu dari album terbaru Katy Perry. Kepada pembaca yang tak tahu, album terbaru Katy Perry yang Budiey maksudkan berjudul Teenage Dreams. Lagu-lagu dalam album memang best dan meletop. Memang layan habis. Lagu yang Budiey paling suka ialah Teenage Dreams dan Fireworks.

Cakap pasal Katy Perry ni, Budiey rasa sangat bertuah kerana dipilih oleh penganjur iaitu Hotmail untuk turut sama-sama ke Brisbane, Australia bagi menyaksikan Konsert Katy Perry – California Dreams Australia Tour yang akan diadakan di Brisbane Entertainment Centre pada 5 Mei ini.

Katy-Perry-Teenage-Dream-Official-Single-Cover

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Hotmail telah mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah 3 hari 2 malam ke Brisbane, Australia untuk menonton Konsert Live Katy Perry. Budiey akan menemani seorang pemenang bertuah yang dipilih dari Malaysia, Filipina dan Singapura.

Terima kasih kepada Hotmail kerana sudi menjemput Budiey serta menaja segala kos penginapan dan penerbangan untuk ke Brisbane, Australia. Tak sabar rasanya nak jumpa Katy Perry secara live!

Untuk pembaca setia budiey.com, Budiey ada buah tangan dan hadiah untuk korang semua berupa 2 buah album Katy Perry Teenage Dreams yang ditaja oleh Warner Music & Hotmail.

Caranya senang saja.

Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang mempunyak akaun Hotmail yang sah.

Anda hanya perlu menggunakan email Hotmail, tulis komen yang menarik di entry blog ini dengan menjawab: Antara sebab-sebab saya sukakan Katy Perry ialah… (tidak lebih dari 40 patah kata)

Peraduan ini berakhir pada 15 Mei 2011 dan akan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif dan menerusi cabutan bertuah.

Sertakan juga maklumat peribadi anda di ruangan komen:

Nama:
Email:

SYARAT & PERATURAN:

Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
Pemenang akan diberitahu melalui email melalui email Hotmail
Keputusan juri adalah muktamad.
Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Selamat Mencuba!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayish Tersingkir dari Mentor 5

Festival Islamik 2011 Dibatalkan Penganjur Buat Hal