in ,

Peraduan Menang Wang Tunai Dalam Raja Spontan

Stesen radio nombor satu negara, ERA fm terus gah ke hadapan dan menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pendengar. Kali ini, #TeamJoHaRa dan #TeamPetangERA mencari seorang pendengar berbakat untuk mewakili kumpulan mereka dalam cabaran Raja Spontan ERA!

Raja Spontan ERA

[pullquote]Cabaran yang sudah bermula pada awal April lalu, dan berterusan selama empat minggu ini melibatkan dua segmen ERA fm, iaitu JoHaRa Pagi ERA dan juga Petang ERA. JoHaRa Pagi ERA VS Petang ERA Pentas Raja Spontan ERA Kini Bermula! Sahut Cabaran Secara Spontan, Pendengar Berpeluang Memenangi Wang Tunai![/pullquote]

Johan, Ray dan Haniff yang mewakili #TeamJoHaRa sememangnya mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dalam mengendalikan cabaran sebegini. Seterusnya, bagi #TeamPetangERA pula, Adi dan Zahid juga tidak ketinggalan mempersembahkan aksi lucu mereka sewaktu cabaran ini berlangsung di segmen Petang ERA pada jam 4 petang hingga 8 malam.

Tahun lalu seorang pendengar telah dipilih sebagai orang yang paling spontan. Tahun ini siapakah yang bakal bergelar Raja Spontan ERA? Raja Spontan ERA mahu menguji kepantasan anda berfikir. Mampukah anda menjawab soalan dengan soalan untuk permainan ‘Soal Menyoal’? Ataupun pandai bermain ‘Ayat Penyata’?

Kini, para penyampai dari kedua-dua segmen masih dalam proses cabar mencabar para pendengar untuk mencuba cabaran Spontan sepanjang hari. Masih tidak ketinggalan untuk pendengar setia ERA fm untuk menyertai pertandingan ini!

Bagaimana caranya? Pendengar perlu menghubungi ERA dan berpeluang memenangi RM150! Dua pemanggil terbaik dari setiap segmen akan berentap dan yang terbaik akan mewakili para penyampai di peringkat akhir.

Pelbagai hadiah menarik berupa wang tunai menanti pemenang. Pemanggil yang mewakili kumpulan yang menang akan memenangi wang tunai RM5000 manakala seorang lagi akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000!

Finalis juga bakal berentap pada 26 April 2014 di pentas akhir Raja Spontan yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna.

Paling menarik, penyampai-penyampai dari kumpulan yang kalah harus menyempurnakan sebuah aksi tertentu sebagai denda.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Nazri Noran:

“Kami merasakan bahawa para pendengar kini lebih matang untuk memilih isi kandungan yang lebih menarik. Dengan adanya cabaran Raja Spontan ERA, mereka berpeluang menyerap aktiviti sebegini secara positif dan penuh lucu. Pastinya ramai di luar sana yang kreatif dan mempunyai bakat terpendam dalam acara spontan. Cabaran sebegini sesuatu yang unik kerana pendengar berpeluang merapatkan hubungan antara penyampai radio melalui cabaran tersebut. Jadi, kami mengalu-alukan semua pendengar eksklusif ERA fm untuk hubungi kami dan serlahkan bakat spontan mereka.”

Dengarkan stesen radio ERA fm untuk maklumat lebih lanjut mengenai Raja Spontan ERA!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuasakan Telefon Mudah-Alih Anda Dengan XOX Season Pass

Samsung GALAXY S5 Powers Up Five Locations in Malaysia