in ,

Peraduan Menang Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia

Esok, tanggal 14 Mac 2014, Malaysia bakal digegarkan dengan konsert penyanyi rock wanita terkenal yang berasal dari Kanada, Avril Lavigne dalam The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia di Stadium Merdeka. Konsert bermula jam 8.30 malam ini adalah anjuran Tune Talk dan dibawakan oleh JS Concert itu merupakan siri konsert jelajah, Avril Lavigne di negara-negara Asia, Amerika dan Eropah.

[pullquote]Setelah hadir pada tahun 2012, nampaknya kehadiran Avril Lavigne di Malaysia membawa aura dan buah tangan terbaru yang akan memberi kepuasan kepada penonton kerana Avril dijangka akan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Complicated, Sk8er Boi, I’m with You, My Happy Ending, Girlfriend dan banyak lagi.[/pullquote]

Bagi yang berminat untuk menonton konsert Avril Lavigne ini sahaja boleh mendapatkan tiket di beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store outlets dengan harga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket, sila hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau membeli tiket secara online di laman web www.ticketpro.com.my.

Peraduan Menang Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia

Budiey hanya ada 4 keping tiket menonton konsert ini secara live. Budiey akan pilih dua orang pemenang di mana seorang pemenang akan diberikan 2 keping tiket. Caranya senang je, anda hanya perlu cipta slogan kreatif, hantar kepada Budiey dan Tweet slogan ini di Twitter @budiey.

Slogan: Saya ingin ke Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia sebab… @budiey (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
14 Mac 2014 jam 12 tengahari

Tajuk Email: Peraduan Menang Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia – Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Tiket akan diberikan kepada pemenang pada hari konsert berlangsung di luar stadium
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Konsert Avril Lavigne Live in Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Luah Rasa Sedih & Simpati Pesawat MH370 di Twitter

Minggu Setiausaha The Moments With Dato’ Jamal Abdillah