in , ,

Peraduan Menang Pass Meet & Greet Bertemu dengan Luo Zheng di Kuala Lumpur

Istimewa buat peminat Lou Zheng di Malaysia! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi sepasang pass untuk bertemu dengan Lou Zheng!

iQIYI Malaysia bakal mengadakan sebuah acara Private Meet & Greet yang cukup eksklusif bersama seorang selebriti popular dari China bernama Luo Zheng pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 4.00 petang. Sempena dengan acara close door session ini, Budiey ada 15 pasang pass untuk dihadiahkan kepada peminat Lou Zheng yang ingin hadir bertemu mata dengan beliau!

Untuk info pembaca, Luo Zheng merupakan seorang pelakon drama yang terkenal yang turut dilantik menjadi iQIYI 2022 International VIP ambassador.

Peraduan Menang Pass Meet & Greet Bertemu dengan Luo Zheng di Kuala Lumpur

Luo Zheng telah mendapat populariti di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat, dan telah menarik ramai peminat antarabangsa yang telah mengenali peranan Mr. Bossy CEO yang telah menawan hati ramai orang.

Siri drama terkenalnya termasuk Perfect Mismatch, Make My Heart Smile, Time to Fall in Love, dan Nothing But You.

Selain bijak menjiwai watak semasa berlakon, Luo Zheng dipuji oleh Li Ronghao (penyanyi-penulis lagu Cina) kerana mempunyai kemahiran menyanyi dengan baik!

Luo Zheng telah terlibat secara aktif dalam drama hit sejak debutnya, menghasilkan enam karya baharu pada tahun 2022 sahaja. Keghairahannya adalah untuk menjadi pelakon terkenal dan bukannya sekadar bintang terkenal.

Peraduan Menang Pass Meet & Greet Bertemu dengan Luo Zheng di Kuala Lumpur

Antara perkara yang mengujakan semasa Private Meet & Greet adalah ada sesi permainan, bergambar bersama Luo Zheng dan menandatangani poster di mana pemenang akan dipilih semasa acara: 

  1. Main permainan dengan Luo Zheng
  2. Bergambar 1:1 dengan Luo Zheng
  3. Bergambar secara berkumpulan (5 orang/kumpulan) bersama Luo Zheng
  4. Dapat sekeping poster yang ditandatangani oleh Luo Zheng
  5. Send Off (Naik pentas & ucapkan selamat tinggal kepada Luo Zheng

Anda juga boleh mendapatkan tiket anda di IQIYI Malaysia App! Log masuk ke App IQIYI menyemak imbas melalui media sosial mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut!

Jika anda tidak memenangi tiket anda, jangan risau! Sidang akhbar dibuka kepada orang ramai di Sunway Velocity, Aras 1 (di luar H&M)! Anda masih boleh bertemu dengannya di sana secara peribadi!

Sertai Peraduan Menang 15 Pasang Pass Meet & Greet Bertemu dengan Luo Zheng Pada 26 Ogos Ini di Sunway Velocity. Budiey Ada 15 Pasang Pass Untuk Dihadiahkan!

Setiap pemenang akan diberikan 2 pass masuk menghadiri Meet & Greet ini.

Anda hanya perlu lengkapkan slogan di bawah ini…

Saya mahu bertemu dengan Luo Zheng kerana….(tidak lebih dari 100 perkataan)

Tarikh tutup peraduan:

24 Ogos 2023

Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik dan kreatif.

15 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey pada 25 Ogos ini.

Terima kasih iQiyi Malaysia kerana sudi menghadiahkan pass Meet & Greet untuk pembaca Budiey.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bell Ngasri Terima Hadiah Mini Cooper Clubman S Bernilai RM200,000.00

ANUGERAH TELENOVELA

Pelancaran Anugerah Telenovela 9 di The Starhill Meriah & Glamor