in ,

Peraduan Menang Kereta Filem J REVOLUSI

Primeworks Distribution dan Infinitus Production telah mengumumkan bahawa mereka bakal menghadiahkan sebuah Mazda2 SKYACTIV Hatchback sebagai hadiah utama bagi Peraduan Tonton & Menang J Revolusi.

Kereta yang digunakan di dalam pembikinan filem J Revolusi itu bakal diberikan kepada pemenang yang telah menonton filem J Revolusi dan memenuhi terma dan syarat peraduan yang telah ditetapkan.

REBUT PELUANG UNTUK MEMENANGI KERETA DENGAN PERADUAN TONTON & MENANG J REVOLUSI

Penyertaan kini telah dibuka sehingga 16 Mac 2017. Pemenang hadiah utama dan 49 finalis daripada penyertaan yang dianjurkan oleh jenama-jenama lain seperti U Mobile; 7-Eleven; B Infinite; Kenny Rogers Roasters; Sweetspot dan Media Prima Berhad akan diumumkan di Peringkat Akhir yang bakal diadakan di Berjaya Times Square pada 25 Mac 2016.

Bagi menyertai pertandingan ini melalui Media Prima Berhad, peserta perlu menonton filem J Revolusi dan menyimpan tiket sebagai bukti pembelian.

Kemudian, peserta perlu mengisi borang penyertaan yang boleh didapati secara dalam talian di laman web J Revolusi, iaitu https://www.jrevolusi.my/mazda-watch-and-win-contest dan memuat naik gambar dan butir peribadi beserta jawapan kepada soalan-soalan berikut:

1. Namakan watak Zul Ariffin di dalam filem J Revolusi.

2. Namakan ‘haiwan’ yang dipegang oleh Eddie (Izara Aishah) di dalam filem J Revolusi.

3. Apakah hubungan di antara Zul Ariffin dan Fazura di dalam filem J Revolusi?

Senarai peraturan dan langkah-langkah penyertaan juga boleh didapati di laman web rasmi J Revolusi, www.jrevolusi.my. Setelah penyertaan dihantar, peserta secara langsung telah menerima Terma dan Syarat dan bersetuju dengannya.

Pihak umum yang berminat juga boleh melayari laman media sosial jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian bagi mengetahui bagaimana mereka boleh menyertai peraduan ini melalui platform masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cross Hotel Sapporo: Moden & Bergaya

Mira Filzah Dilamar Abang Tiri dalam MEH, SANDAR PADA AKU