in

Peraduan Menang Baucer Ivory Collection Melinda Looi

Salam bahagia semua pembaca, anda sudah menonton filem SEJOLI, dan apa pendapat anda semua tentang filem SEJOLI. Best ke idoook? Budiey rasa filem ni best sampai menonton 4 kali bersama kawan-kawan di pawagam. Bukan main seronok menonton filem santai macam ni, modus operandi mencaras cinta, katakau! Seronok betul tengok lakonan gandingan empat pelakon utama Maya Karin, Izara Aishah, Remy Ishak dan Bront Palarae.

Okay, sekarang ini, Budiey nak memberikan anda peluang untuk memenangi hadiah istimewa anjuran penerbit Grand Brilliance dan pereka ternama tempatan, Melinda Looi.

Bagaimana Cara Nak Menang?

[dropcap]U[/dropcap]ntuk mendapatkan satu daripada 10 baucer bernilai RM1,000 Ivory Collection dari Melinda Looi, anda perlu terlebih dahulu ‘LIKE’ laman Facebook Grand Brilliance dan Melinda Looi. selepas itu, beritahu kami mengapa anda patut memenangi baucer tersebut, menggunakan tidak lebih dari 30 patah perkataan.

Pastikan anda menggunakan perkataan ‘sejoli’. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen Facebook Grand Brilliance saat admin memuat naik maklumat tentang peraduan.

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. Seorang pemenang akan dipilih setiap hari. Senarai pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 17 Mac 2014.

Selamat mencuba. Good luck Budieyators!

Sejoli - Melinda Looi Contest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Siri Terbaru Kifarah Ganti Drama Menjinak Ombak

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini