in

Peraduan Jom Menonton Konsert Tribute Untukmu Loloq

Salam pembaca Sensasi Selebriti,

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Pertahanan (MinDef) ingin menghadiahkan 9 pasang tiket (jumlah kesemuanya ialah 18 keping tiket) bagi menonton Konsert Tribute Untukmu Loloq. Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk menghargai penulis lirik, Allahyarham Loloq dan akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh Loloq. Didendangkan pula oleh artis terkenal tanahair.

Konsert Tribute Untukmu Loloq akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 22 hingga 24 April ini. Budiey akan memilih & membahagikan sebanyak 3 pemenang untuk setiap hari persembahan iaitu pada 22, 23 dan 24 April ini.

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Poster Untukmu Loloq

Apa yang korang perlu buat ialah jawab 3 soalan dan menulis slogan kreatif berkenaan dengan konsert tribute ini. Itu sahaja. Senang bukan?

Tempoh Peraduan: 20 April 2011 hingga 21 April 2011

Pembaca hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & mencipta slogan kreatif berikut:

Soalan 1:
Senaraikan 3 orang artis yang akan menjayakan Konsert Tribute Untukmu Loloq.

Soalan 2:

Dimanakah dan bilakah konsert ini akan diadakan?

Soalan 3:
Siapakah pelakon yang akan membawa watak Loloq dalam persembahan sketsa konsert ini?

Cipta slogan paling KREATIF:
Saya ingin menonton Konsert Tribute Untukmu Loloq kerana… (tidak lebih dari 20 perkataan)

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jawaban tepat serta slogan paling kreatif.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Jom Menonton Konsert Tribute Untukmu Loloq

Tarikh tutup peraduan:
21 April 2011

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Tiket hendaklah dituntut pada hari persembahan. Budiey akan berikan nombor telefon untuk dihubungi bagi mengambil tiket anda.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Selamat Mencuba!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

M.Nasir, Ramli Sarip, Ella & Spider Jayakan Konsert Untuk Loloq

Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Awi Rafael