in

Peraduan Jom Menonton Konsert D’lloyd di Istana Budaya

Salam pembaca Sensasi Selebriti,

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Massa Frequency ingin menghadiahkan 7 pasang tiket (jumlah kesemuanya ialah 14 keping tiket) bagi menonton Konsert Semalam di Malaysia – D’lloyd.

Konsert ini akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei ini. Ia diadakan atas permintaan peminat kumpulan ini sendiri. Sebanyak 20 buah lagu bakal dimainkan dalam konsert itu. D’Lloyd juga mengundang teman-teman seperjuangan yang tidak asing dalam kalangan peminat tempatan, Datuk Ahmad Jais.

Budiey ada 7 pasang tiket untuk diberikan kepada pembaca. Nak menang tiket konsert ini, jomlah sertai peraduan ini.

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

poster

Apa yang korang perlu buat ialah jawab 3 soalan dan menulis slogan kreatif berkenaan dengan konsert ini. Itu sahaja. Senang je kan?

Tempoh Peraduan: 29 April 2011 hingga 4 Mei 2011

Pembaca hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & mencipta slogan kreatif berikut:

Soalan 1:
Siapakah vokalis kumpulan D’lloyd?

Soalan 2:

Dimanakah dan bilakah konsert ini akan diadakan?

Soalan 3:
Siapakah artis jemputan untuk mengadakan persembahan di konsert ini?

Cipta slogan paling KREATIF:
Saya ingin menonton Konsert D’lloyd di Istana Budaya kerana… (tidak lebih dari 20 perkataan)

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jawaban tepat serta slogan paling kreatif.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Jom Menonton Konsert D’lloyd di Istana Budaya

Tarikh tutup peraduan:
4 Mei 2011

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Tiket hendaklah dituntut pada hari persembahan. Budiey akan berikan nombor telefon untuk dihubungi bagi mengambil tiket anda.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Selamat Mencuba!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Persiapan Konsert Semalam di Malaysia D’lloyd

Syanie Hisham Mahu Kurus