in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem THE LEGO MOVIE 2

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 tiket percuma dengan menyertai peraduan ini. Lekas sertai sekarang!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa THE LEGO MOVIE 2 anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas?

Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem animasi terutamanya yang meminati permainan Lego dan juga yang mengikuti kisah The Lego Movie. Kalau kita imbas balik, ada empat buah filem di bawah francais THE LEGO MOVIE ni. Kalau nak lebih faham tentang filem ni, korang kena tonton kesemua sekali. Barulah best! Yang penting, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 31 Januari 2019 (Hari Khamis) di GSC 1 Utama.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 7 Februari 2019.

THE LEGO MOVIE 2 - THE SECOND PART
Poster Filem THE LEGO MOVIE 2

Korang masih ingat tak dengan filem THE LEGO MOVIE yang ditayangkan pada tahun 2014? THE LEGO MOVIE 2 merupakan filem sambungan atau sekuel dari The Lego Movie yang tayang pada tahun 2014. THE LEGO MOVIE 2 merupakan filem 3D animasi yang ditulis oleh Phil Lord bersama Christopher.

THE LEGO MOVIE 2 sebuah filem yang padat dengan elemen aksi, sci-fi dan komedi yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Mike Mitchell.

Filem ini melanjutkan kisah dari filem pertama di mana ego Duplo dari luar angkasa mulai menjajah dan menghancurkan alam Lego yang baru saja kembali membaik. Emmet (Chris Pratt), Lucy (Elizabeth Banks), Batman (Will Arnett) dan teman-temannya yang lain bersatu untuk menyelamatkan dunia Lego.

Trailer Rasmi Filem THE LEGO MOVIE 2

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem THE LEGO MOVIE 2  yang penuh aksi ini.

Filem THE LEGO MOVIE 2  akan ditayangkan di pawagam mulai 7 Februari 2019, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE LEGO MOVIE 2

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 122 tiket THE LEGO MOVIE 2 untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

31 Januari 2019 (Hari Khamis)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.30 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Sebanyak 122 keping tiket THE LEGO MOVIE 2  perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE LEGO MOVIE 2  – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheLEGOMovie2MY 

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TheLEGOMovie2MY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pelakon yang menyumbang suara untuk watak Emmet dalam filem THE LEGO MOVIE 2.
  2. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem THE LEGO MOVIE 2   – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere THE LEGO MOVIE 2  – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

29 Januari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 7 Februari 2019 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot FM Hadiah BOMBASTIK CTDK Sempena Hari Jadi Siti Nurhaliza

KEMBARA RASA Bawa Baki Zainal Pusing Asia Tenggara