in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem THE ASSISTANT, Ini Peluang Meet & Greet!

Nah! Ini adalah hadiah daripada Budiey istimewa buat semua pembaca setia yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik ini!

Belum ditayangkan di pawagam tempatan, filem mengangkat kisah lelaki yang merengkuk dalam penjara atas kesalahan tidak dilakukannya, The Assistant arahan Adrian Teh telah berjaya melakar sejarah apabila disenarai pendek dalam festival filem antarabangsa, Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali. Tahniah Budiey ucapkan!

Kejayaan ini sekali gus membuka peluang filem diterajui pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin dan Hairul Azreen itu mengisi slot tayangan perdana di peringkat global.

Pastinya ramai yang tak sabar untuk menonton filem aksi ini di pawagam, kan?

The Assistant_Official Poster

Sinopsis Filem THE ASSISTANT

Filem The Assistant ini menceritakan tentang Zafik (ledil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. 

Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu “tepat”. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz? Filem ini juga menampilkan bintang Henley Hii sebagai Sam dan Farali Khan sebagai Sofia. 

Filem The Assistant adalah sebuah filem thriller aksi tempatan hasil kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia bersama Act 2 Pictures. Ia diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh. Ini juga merupakan kali pertama Act 2 Pictures bekerjasama dengan studio Hollywood. 

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE ASSISTANT

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad dan ada tiket menonton filem ini di satu acara tayangan istimewa di Malam Premiere untuk pembaca setia Budiey.com.

Yang paling mengujakan lagi, anda yang dapat hadiah tiket menonton di tayangan istimewa di Malam Premiere ini berpeluang untuk ‘Meet & Greet’ bersama pelakon filem ini. Khabarnya, semua pelakon dan pengarah akan masuk menjenguk korang di dewan pawagam sebelum tayangan! Haa, pasti korang tak sabar kan? Jadi, kalau nak menang hadiah ini, cepat-cepat sertai peraduan ini!

The Assistant Waist Pouch

10 x The Assistant Waist Pouch

The Assistant Cap

10 x The Assistant Cap

Peraduan Jom Menonton Filem The Assistant, Ini Peluang Meet &Amp; Greet!

20 pairs (40 tiket) x Premiere Passes

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1.  Namakan pengarah filem THE ASSISTANT

2. Apakah berlaku di minit 1:00 dalam trailer di atas?

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem THE ASSISTANT di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem THE ASSISTANT – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

10 Jun 2022

Peraduan

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hairul Azreen | 20

Perdana Menteri & Annuar bin Musa Hadir Di The Assistant Special Screening

Nuetraa | 21

Terkejut! Ingatkan Sikit Turun Berat Badan, Tapi Rupanya Menyusut Banyak